Judul : Perdana menteri lawat Arab Saudi saudi esok
link : Perdana menteri lawat Arab Saudi saudi esok
Perdana menteri lawat Arab Saudi saudi esok
ANTARAPOSPUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengadakan lawatan kerja ke Arab Saudi bermula esok hingga 12 Januari ini atas jemputan Penjaga Dua Kota Suci, Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud.
Najib akan diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor serta pegawai-pegawai kanan Pejabat Perdana Menteri.
Menurut kenyataan Kementerian Luar di Kuala Lumpur, semasa lawatan itu, Najib dijadual menghadap Raja Salman dan Putera Mahkota Mohammed bin Salman Abdulaziz Al Saud di Riyadh.
“Pertemuan-pertemuan itu akan memberikan peluang kepada mereka untuk berbincang dan bertukar pandangan mengenai isu-isu dua hala, pelbagai hala, serantau serta antarabangsa terutamanya tindakan-tindakan susulan ke atas isu-isu yang dibincangkan dan dipersetujui sewaktu lawatan negara yang bersejarah Raja Salman ke Malaysia pada Mac tahun lepas,” kata kenyataan itu.
Isu-isu tersebut merangkumi kerjasama ekonomi, pelaburan, hal ehwal Haji dan penubuhan Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman (KSCIP) di Putrajaya.
Menurut Kementerian Luar, pertemuan-pertemuan itu adalah amat tepat pada masanya di mana hubungan istimewa Malaysia dan Arab Saudi kini berada pada tahap yang tertinggi.
“Lawatan perdana menteri ke Arab Saudi akan memperkukuhkan lagi hubungan persahabatan antara dua negara,” kata kenyataan itu.
Appear First on Khabar Melayu
Demikianlah Artikel Perdana menteri lawat Arab Saudi saudi esok
Sekianlah artikel Perdana menteri lawat Arab Saudi saudi esok kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Perdana menteri lawat Arab Saudi saudi esok dengan alamat link https://khabarmelayu.blogspot.com/2018/01/perdana-menteri-lawat-arab-saudi-saudi.html