Judul : Chong: "Pinda Akta", Kembalikan Pemilikan Hak Petroleum Sarawak
link : Chong: "Pinda Akta", Kembalikan Pemilikan Hak Petroleum Sarawak
Chong: "Pinda Akta", Kembalikan Pemilikan Hak Petroleum Sarawak
Chong yang juga Ahli Parlimen Bandar Kuching itu menegaskan cadangan pindaan tesebut bertujuan supaya pemilikan dan hak petroleum diletakkan di bawah kerajaan Sarawak.
“Jika anda mahu mempertahankan hak Sarawak untuk petroleum, lakukanlah di Parlimen. Oleh itu sokong usul saya, ia adalah untuk kepentingan Sarawak,” katanya dalam sidang media di Parlimen.
Beliau berkata, pindaan seksyen 2 (1) Akta Kemajuan Petroleum (PDA) 1974 dengan menambah hanya perkataan – “tidak termasuk Sarawak” – akan memastikan syarikat minyak baru yang dibentuk Petros mempunyai lebih hak pengawalseliaan kepada rizab negeri.
Beliau merujuk kepada satu perenggan PDA yang menyatakan: Seluruh pemunyaan mengenai petroleum, dan hak, kuasa, kebebasan dan keistimewaan eksklusif untuk mengeksplorasi, mengeksploit, mendapatkan dan memperoleh petroleum sama ada di pantai atau di luar pantai Malaysia hendaklah diletakhakkan pada suatu perbadanan yang akan diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 atau di bawah undang-undang yang berhubungan dengan pemerbadanan syarikat.
Meskipun pindaan yang dicadangkan itu mungkin kecil, tetapi akan mempunyai implikasi besar untuk Sarawak kerana membolehkan kerajaan menuntut pemilikan semula petroleum dan gasnya.
“Dengan membuat pindaan ini, jika dicadangkan dan diluluskan di Parlimen, semua pemilikan dan hak petroleum akan diletakkan di bahwa kerajaan Sarawak,” katanya lagi. #sumber
Appear First on Khabar Melayu
Demikianlah Artikel Chong: "Pinda Akta", Kembalikan Pemilikan Hak Petroleum Sarawak
Sekianlah artikel Chong: "Pinda Akta", Kembalikan Pemilikan Hak Petroleum Sarawak kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Chong: "Pinda Akta", Kembalikan Pemilikan Hak Petroleum Sarawak dengan alamat link https://khabarmelayu.blogspot.com/2018/03/chong-pinda-akta-kembalikan-pemilikan.html