Forum HINDRAF bersama Tun Dr Mahathir Terhenti Selepas Kecoh

Forum HINDRAF bersama Tun Dr Mahathir Terhenti Selepas Kecoh - Hallo sahabat KHABAR MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Forum HINDRAF bersama Tun Dr Mahathir Terhenti Selepas Kecoh, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Forum HINDRAF bersama Tun Dr Mahathir Terhenti Selepas Kecoh
link : Forum HINDRAF bersama Tun Dr Mahathir Terhenti Selepas Kecoh

Baca juga


Forum HINDRAF bersama Tun Dr Mahathir Terhenti Selepas Kecoh


KUALA LUMPUR: Satu forum anjuran Hindraf bersama Tun Dr Mahathir Mohamad terhenti selepas keadaan bertukar tegang di sesi soal jawab.

Penganjur sebelum itu menetapkan semua soalan harus diserahkan sebelum acara bermula.

Keadaan bagaimanapun jadi tidak keruan selepas seorang peserta bangun bertanyakan kepada bekas Perdana Menteri itu mengapa dia tidak campurtangan dalam skandal Maika Holdings.

Soalan itu tidak diserahkan semasa diminta, menyebabkan seorang ahli Hindraf menegur peserta itu dan berkata forum malam ini bukan “forum peribadi”.

Teguran itu menyebabkan suara-suara ditinggikan dan gangguan lisan daripada hadirin. Penganjur terpaksa campurtangan dan berkata sesi soal jawab perlu ditamatkan.

Keputusan itu menyebabkan seorang lagi peserta membantah mengatakan tindakan itu tidak adil.

Dr Mahathir, yang memimpin negara selama 22 tahun, bagaimanapun mencelah dan berkata dia akan menjawab beberapa lagi soalan dan mengambil 3 lagi soalan tambahan sebelum penganjur menggulung acara.

Bekas Perdana Menteri itu, yang tampak tenang sepanjang kekecohan itu berkata: “Tidak apa. Saya sudah biasa.”

Bekas menteri dan Presiden MIC Tun Samy Vellu menubuhkan Maika pada 1982 bagi membolehkan masyarakat India menyertai pertumbuhan ekonomi negara. Inisiatif itu bagaimanapun gagal memberi pulangan yang baik.

Pada 2000, syarikat gagal itu diambil alih oleh syarikat G Team Resources milik hartawan G Gnanalingam pada harga RM106 juta untuk membantu menyelesaikan isu-isu berbangkit dan membayar pemegang saham.

Terdahulu, Dr Mahathir mengambil soalan daripada hadirin termasuk tentang rancangan Pakatan Harapan untuk masyarakat India.

Turut hadir isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Naib Pengerusi DAP M Kulasegaran dan Naib Presiden PKR Dr Xavier Jayakumar. #sumber


Appear First on Khabar Melayu


Demikianlah Artikel Forum HINDRAF bersama Tun Dr Mahathir Terhenti Selepas Kecoh

Sekianlah artikel Forum HINDRAF bersama Tun Dr Mahathir Terhenti Selepas Kecoh kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Forum HINDRAF bersama Tun Dr Mahathir Terhenti Selepas Kecoh dengan alamat link https://khabarmelayu.blogspot.com/2018/03/forum-hindraf-bersama-tun-dr-mahathir.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :