Judul : Program Ziarah Kasih Dan Bantu UMNO Maran 'Berjaya' Mencapai Kejayaan
link : Program Ziarah Kasih Dan Bantu UMNO Maran 'Berjaya' Mencapai Kejayaan
Program Ziarah Kasih Dan Bantu UMNO Maran 'Berjaya' Mencapai Kejayaan
MARAN: Program Ziarah Kasih dan Bantu UMNO Bahagian Maran berjaya membantu sebahagian besar masalah berkaitan kemiskinan dan menyalurkan bantuan kepada golongan memerlukan pada tahun lepas.
Ketuanya Datuk Seri Ismail Abd Muttalib berkata 86 peratus daripada 1,800 kes yang memerlukan perhatian berjaya diselesaikan dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Beliau berkata antara golongan menerima manfaat menerusi program itu ialah pesakit kronik, ibu tunggal, anak yatim, golongan miskin, warga emas dan mereka yang kehilangan punca pendapatan akibat kemalangan.
"Program ini dilaksanakan tanda keprihatinan kita kepada mereka yang kurang bernasib baik. Ia juga bukan kerja bermusim kerana dilaksanakan sepanjang masa sejak dimulakan 15 tahun lalu."
"Kita bekerja sebaik sahaja menerima maklumat ada orang yang perlu dibantu. Ini cara kita...bukan seperti pembangkang yang muncul secara bermusim, menjelang pilihan raya," katanya.
Ismail yang juga Timbalan Menteri Sumber Manusia berkata demikian kepada pemberita selepas menziarah 10 rumah penerima bantuan Program Ziarah Kasih dan Bantuan UMNO Maran di Kampung Lubuk Paku di sini, hari ini. #sumber
Appear First on Khabar Melayu
Demikianlah Artikel Program Ziarah Kasih Dan Bantu UMNO Maran 'Berjaya' Mencapai Kejayaan
Sekianlah artikel Program Ziarah Kasih Dan Bantu UMNO Maran 'Berjaya' Mencapai Kejayaan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Program Ziarah Kasih Dan Bantu UMNO Maran 'Berjaya' Mencapai Kejayaan dengan alamat link https://khabarmelayu.blogspot.com/2018/03/program-ziarah-kasih-dan-bantu-umno.html