Calon BN Mahu Memenangi Hati Para 'Pengundi Atas Pagar' Raub

Calon BN Mahu Memenangi Hati Para 'Pengundi Atas Pagar' Raub - Hallo sahabat KHABAR MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Calon BN Mahu Memenangi Hati Para 'Pengundi Atas Pagar' Raub, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Calon BN Mahu Memenangi Hati Para 'Pengundi Atas Pagar' Raub
link : Calon BN Mahu Memenangi Hati Para 'Pengundi Atas Pagar' Raub

Baca juga


Calon BN Mahu Memenangi Hati Para 'Pengundi Atas Pagar' Raub


RAUB: Mahu memenangi hati pengundi atas pagar antara tumpuan yang diberikan oleh calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Raub, Datin Paduka Chew Mei Fun sepanjang proses kempen Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Mengakui bukan mudah untuk merampas kerusi tersebut namun beliau melihat sokongan masyarakat Raub adalah seimbang antara BN dan pembangkang.

“Peluang saya lihat adalah 50-50 malah sokongan masyarakat juga seimbang. Bukan mudah untuk merampas semula Parlimen Raub tetapi peluang tetap ada.

“Kami mesti bekerja kuat malah jentera pilihan raya BN di Raub juga lebih aktif selain lebih bersedia berbanding pilihan raya lalu. Saya akan terus mengukuhkan sokongan sedia ada selain mahh memenangi hati pengundi di atas pagar,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia selepas melancarkan ‘Manifesto Chiew Mei Fun’ di pejabat MCA Bahagian Raub di sini hari ini.

Sementara itu, Mei Fun yang Naib Presiden MCA berkata, manifesto yang dilancarkan itu telah dirangkanya sendiri selepas turun ke padang bertemu penduduk di Raub sejak empat tahun lalu.

“Manifesto ini merupakan hasil maklum balas rakyat Raub dan saya yakin ia dapat memenuhi keperluan yang diharapkan oleh masyarakat di sini yang kemudian dijadikan sebagai satu Pelan Induk Pembangunan Raub.

“Mengandungi lima teras utama, manifesto ini memberikan fokus kepada perancangan dan pembangunan daerah Raub yang juga akan selari dengan manifesto BN dan MCA yang telah dilancarkan sebelum ini” katanya. #sumber



Appear First on Khabar Melayu


Demikianlah Artikel Calon BN Mahu Memenangi Hati Para 'Pengundi Atas Pagar' Raub

Sekianlah artikel Calon BN Mahu Memenangi Hati Para 'Pengundi Atas Pagar' Raub kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Calon BN Mahu Memenangi Hati Para 'Pengundi Atas Pagar' Raub dengan alamat link https://khabarmelayu.blogspot.com/2018/04/calon-bn-mahu-memenangi-hati-para.html

Subscribe to receive free email updates: