Dr.Shukri, Maznah Tetap Setia Bantu BN, Walau Tidak Di Calon Semula

Dr.Shukri, Maznah Tetap Setia Bantu BN, Walau Tidak Di Calon Semula - Hallo sahabat KHABAR MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Dr.Shukri, Maznah Tetap Setia Bantu BN, Walau Tidak Di Calon Semula, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Dr.Shukri, Maznah Tetap Setia Bantu BN, Walau Tidak Di Calon Semula
link : Dr.Shukri, Maznah Tetap Setia Bantu BN, Walau Tidak Di Calon Semula

Baca juga


Dr.Shukri, Maznah Tetap Setia Bantu BN, Walau Tidak Di Calon Semula


KUANTAN: Perjuangan membela rakyat dan membantu Barisan Nasional (BN) tetap diteruskan walau tidak disenarai sebagai calon, demikian kata penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Muadzam Shah Datuk Seri Maznah Mazlan.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kali ini, tempat beliau di kawasan yang disandangnya sejak lima penggal digantikan oleh Penyelaras DUN Muadzam Shah, Ir Razali Kassim.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis pengumuman calon BN Pahang bagi PRU14 di Yayasan Pahang di sini hari ini, Maznah berkata beliau menerima pengguguran itu dengan berlapang dada kerana yakin pimpinan tertinggi parti mempunyai alasan terbaik atas keputusan yang dibuat.

"Prinsip saya mudah, yakin dengan pemimpin dan sebab itu tiada istilah kecewa di dalam hati apabila tidak dicalonkan semula. Jadi, apabila sudah tiba masanya, kita perlu berundur dengan baik," katanya.

Maznah berkata selaku naib ketua dan ketua penerangan UMNO Bahagian Rompin, beliau akan membantu penggantinya dengan berkempen dengan sesungguh hati sebagaimana ketika menjadi calon dahulu bagi memastikan calon BN menang.

"Saya akan mula menggerakkan jentera penerangan sebaik tempoh kempen bermula dan fokus kepada isusemasa dan menerangkan mengenai manifesto BN," katanya.

Selain Maznah, dua lagi penyandang yang tidak dicalonkan semula ialah Datuk Dr Ahmad Shukri Ismail dan Datuk Lau Lee, masing-masing di DUN Pulau Tawar dan DUN Damak.

Bagi Dr Ahmad Shukri, beliau sememangnya bersedia dengan keputusan itu kerana telah menyatakan hasrat untuk tidak lagi bertanding sejak pilihan raya umum yang lalu.

Katanya beliau gembira apabila hasratnya didengar pucuk pimpinan dan yakin calon baharu akan tampil dengan 'tenaga' bagi memberi perkhidmatan kepada rakyat di kawasan itu.

"Saya juga akan membantu kempen jentera parti untuk memastikan DUN Pulau Tawar dan Parlimen Jerantut terus kekal di bawah BN," katanya yang digantikan oleh calon muka baharu Nazri Ngah. #sumber


Appear First on Khabar Melayu


Demikianlah Artikel Dr.Shukri, Maznah Tetap Setia Bantu BN, Walau Tidak Di Calon Semula

Sekianlah artikel Dr.Shukri, Maznah Tetap Setia Bantu BN, Walau Tidak Di Calon Semula kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Dr.Shukri, Maznah Tetap Setia Bantu BN, Walau Tidak Di Calon Semula dengan alamat link https://khabarmelayu.blogspot.com/2018/04/drshukri-maznah-tetap-setia-bantu-bn.html

Subscribe to receive free email updates: