Hadi: Tun Dr Mahathir Paling Kuat Membantah Pelaksanaan Islam Di Kelantan

Hadi: Tun Dr Mahathir Paling Kuat Membantah Pelaksanaan Islam Di Kelantan - Hallo sahabat KHABAR MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Hadi: Tun Dr Mahathir Paling Kuat Membantah Pelaksanaan Islam Di Kelantan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Hadi: Tun Dr Mahathir Paling Kuat Membantah Pelaksanaan Islam Di Kelantan
link : Hadi: Tun Dr Mahathir Paling Kuat Membantah Pelaksanaan Islam Di Kelantan

Baca juga


Hadi: Tun Dr Mahathir Paling Kuat Membantah Pelaksanaan Islam Di Kelantan


SEREMBAN: Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad didakwa paling kuat menentang pelaksanaan perundangan Islam sepenuhnya di Kelantan terutama selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) meluluskan Enakmen Undang Undang Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 Kelantan.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa Dr Mahathir yang ketika itu memegang jawatan perdana menteri kemudian menghantar sepucuk surat amaran kepada menteri besar Kelantan ketika itu, arwah Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, agar Kelantan tidak meneruskan hasrat menguatkuasakan enakmen berkenaan atau diambil tindakan.

“Ini yang berlaku sebenarnya… Dr Mahathir bersama timbalannya (Datuk Seri Anwar Ibrahim) menghalang pelaksanaan perundangan Islam di negeri Kelantan setelah 2/3 Adun Kelantan meluluskan pelaksanaan enakmen tersebut,” katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas program ceramah perdana Kompleks Latihan Islam Negeri Sembilan, Ampangan malam tadi.

Sementara itu dalam ucapannya, Hadi berkata ketika pemerintahan Dr Mahathir, PAS yang mentadbir Kelantan ditekan dengan pelbagai bentuk tekanan termasuk dilewatkan agihan geran kepada kerajaan negeri, diugut, diganggu-gugat pentadbiran menerusi pembentukan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP), selepas parti itu menang besar pada pilihan raya umum 1990.

Beliau mendakwa kerajaan Persekutuan ketika itu sengaja melengah-lengahkan pembayaran peruntukan kepada kerajaan negeri Kelantan yang sepatutnya dibayar pada Februari atau April dan Jun atau Ogos setiap tahun, sehingga menjejaskan pembayaran gaji kepada kakitangan kerajaan negeri.

“Setiap tahun, kerajaan pusat perlu membayar 2 kali peruntukan (geran tahunan) kepada setiap kerajaan negeri termasuk Kelantan berdasarkan persetujuan pelaksanaan sistem Persekutuan seperti diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Lazimnya geran tahunan ini akan diberikan pada Februari atau Mac. Disusuli sama ada Julai atau Ogos. Namun dalam kes kerajaan Kelantan ini peruntukan hanya diberikan pada Disember untuk melengahkan kerajaan kita membayar gaji kepada kakitangan,” katanya

Bagaimanapun, Hadi berkata keadaan itu berbeza bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang lebih terbuka.

“Ini termasuk memberikan laluan untuk kita membentangkan usul persendirian Rang Undang-undang Persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Akta 355) di Parlimen,” katanya. #sumber


Appear First on Khabar Melayu


Demikianlah Artikel Hadi: Tun Dr Mahathir Paling Kuat Membantah Pelaksanaan Islam Di Kelantan

Sekianlah artikel Hadi: Tun Dr Mahathir Paling Kuat Membantah Pelaksanaan Islam Di Kelantan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Hadi: Tun Dr Mahathir Paling Kuat Membantah Pelaksanaan Islam Di Kelantan dengan alamat link https://khabarmelayu.blogspot.com/2018/04/hadi-tun-dr-mahathir-paling-kuat.html

Subscribe to receive free email updates: