Judul : Kamaruzzaman: Kedudukan Umat Islam Di Malaysia Kini Kian Terhakis !
link : Kamaruzzaman: Kedudukan Umat Islam Di Malaysia Kini Kian Terhakis !
Kamaruzzaman: Kedudukan Umat Islam Di Malaysia Kini Kian Terhakis !
Kata beliau, ia berlaku kerana umat Islam yang sepatutnya menjadi kuasa penting di Malaysia kian hilang dan diambil alih oleh bangsa lain dari semasa ke semasa.
Malah, katanya perpecahan umat Islam yang berlaku pada hari ini telah menyebabkan kekuatan umat Islam itu menjadi lemah.
Maka, tegasnya lebih 300 NGO mengambil keputusan untuk mewujudkan suatu wadah penting untuk menggabungkan seluruh kekuatan umat Islam di bumi Malaysia dengan menubuhkan UMMAH pada Mei 2017.
Beliau berkata demikian dalam Sidang Meja Bulat NGO Islam Bentong yang berlangsung di Dewan Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Bentong malam tadi.
Kamaruzzaman turut menyentuh mengenai isu kemasukan pelajar ke universiti.
Sebelum ini, katanya kemasukan pelajar ke universiti adalah mengikut sistem kuota iaitu bergantung kepada jumlah orang Melayu Islam, Cina dan India berdasarkan nisbah jumlah penduduk.
Malangnya, kata beliau sistem itu sudah dihapuskan pada zaman pemerintahan Tun Dr. Mahathir (bekas Perdana Menteri) dan sistem meritokrasi telah diperkenalkan.
“Sistem meritokrasi ialah sistem kemasukan ke universiti yang berasaskan kepada pencapaian dalam peperiksaan dan tidak adil untuk rakyat,” ujar beliau.
Hal ini, katanya adalah kerana orang Melayu Bumiputera lebih ramai tinggal di kawasan pedalaman berbanding dengan orang Cina dan sebahagian orang India yang tinggal di bandar dan pinggir bandar.
Maka, ujarnya golongan penduduk di bandar dan pinggir bandar adalah majoriti kalangan orang bukan Islam dan mereka lebih layak dan lebih ramai memasuki ke universiti kerana keputusan peperiksaan mereka lebih baik.
"Kemudahan dan kualiti guru yang mereka terima adalah jauh lebih baik berbanding golongan miskin yang tinggal di luar bandar," katanya.
Hasilnya, kata Kamaruzzaman, hari ini kemasukan golongan Melayu Bumiputera dalam bidang profesional jauh lebih rendah berbanding dengan bangsa-bangsa lain.
"Ini berlaku kerana suara umat Islam tidak didengar oleh pihak yang berwajib," ujar beliau. #sumber
Appear First on Khabar Melayu
Demikianlah Artikel Kamaruzzaman: Kedudukan Umat Islam Di Malaysia Kini Kian Terhakis !
Sekianlah artikel Kamaruzzaman: Kedudukan Umat Islam Di Malaysia Kini Kian Terhakis ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kamaruzzaman: Kedudukan Umat Islam Di Malaysia Kini Kian Terhakis ! dengan alamat link https://khabarmelayu.blogspot.com/2018/04/kamaruzzaman-kedudukan-umat-islam-di.html