Pesara Tentera Nekad Jalan Laki Ke Putrajaya, Simbolik Ajak Ubah Kerajaan

Pesara Tentera Nekad Jalan Laki Ke Putrajaya, Simbolik Ajak Ubah Kerajaan - Hallo sahabat KHABAR MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pesara Tentera Nekad Jalan Laki Ke Putrajaya, Simbolik Ajak Ubah Kerajaan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pesara Tentera Nekad Jalan Laki Ke Putrajaya, Simbolik Ajak Ubah Kerajaan
link : Pesara Tentera Nekad Jalan Laki Ke Putrajaya, Simbolik Ajak Ubah Kerajaan

Baca juga


Pesara Tentera Nekad Jalan Laki Ke Putrajaya, Simbolik Ajak Ubah Kerajaan


KUANTAN: Seorang pesara tentera nekad untuk berjalan kaki sejauh 284 kilometer dari Kuantan hingga ke Putrajaya sebagai simbolik meminta masyarakat mengubah kerajaan sedia ada pada PRU14.

Nasri Mat Jusoh, 56, berkata, perjalanan secara solo yang akan dilakukannya bermula esok dan dijangka tamat Sabtu ini dengan menggunakan laluan kampung terus ke ibu kota negara.

Menurutnya, keputusan itu dibuat selepas terkesan dengan pemerintahan sedia ada yang banyak memberi tekanan kepada rakyat terutama membabitkan kos sara hidup rakyat sepertinya,

“Saya amat terasa dengan ledakan ekonomi kini. Jadi saya buat keputusan untuk berjalan kaki ke Putrajaya bagi mengatakan perubahan perlu dibuat oleh rakyat di negara ini.

“Tiada mana-mana pihak yang memaksa yang buat perkara ini (berjalan kaki). Saya lakukan ini adalah atas kerelaan saya sendiri. Misinya adalah satu supaya rakyat berfikir dan membuat perubahan pada PRU kali ini.

“Saya adalah bekas pejuang tak salah kalau saya perjuangan perkara ini demi kebaikan semua rakyat,” katanya ketika ditemui di bilik gerakan Pusat Khidmat PKR, di sini, hari ini.

Bapa kepada lima anak ini mengakui sudah 100 peratus bersedia untuk melakukan perjalanan secara solo itu, malah sanggup berdepan dengan apa sahaja cabaran di luar sana.

Menurutnya, latihan intensif telah dilakukan sejak seminggu lalu dan kini bersedia untuk menjalankan misi yang sudah lama mahu direalisasikan itu.

“Esok saya akan mulakan perjalanan. Saya akan cuba tamatkan perjalanan pada jarak 70 hingga 80 kilometer setiap hari dan dijangkakan saya akan sampai ke Putrajaya pada 28 April ini,” katanya.

Dia bagaimanapun berharap orang ramai terutama pengguna jalan raya di laluan tersebut sedia memberi bantuan dari segi bekalan makanan dan minuman bagi membolehkan perjalanan terbabit diteruskan. #sumber


Appear First on Khabar Melayu


Demikianlah Artikel Pesara Tentera Nekad Jalan Laki Ke Putrajaya, Simbolik Ajak Ubah Kerajaan

Sekianlah artikel Pesara Tentera Nekad Jalan Laki Ke Putrajaya, Simbolik Ajak Ubah Kerajaan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pesara Tentera Nekad Jalan Laki Ke Putrajaya, Simbolik Ajak Ubah Kerajaan dengan alamat link https://khabarmelayu.blogspot.com/2018/04/pesara-tentera-nekad-jalan-laki-ke.html

Subscribe to receive free email updates: