PM Dan Menteri Kewangan Perlu Individu Berbeza Jika PAKATAN Menang !

PM Dan Menteri Kewangan Perlu Individu Berbeza Jika PAKATAN Menang ! - Hallo sahabat KHABAR MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PM Dan Menteri Kewangan Perlu Individu Berbeza Jika PAKATAN Menang !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PM Dan Menteri Kewangan Perlu Individu Berbeza Jika PAKATAN Menang !
link : PM Dan Menteri Kewangan Perlu Individu Berbeza Jika PAKATAN Menang !

Baca juga


PM Dan Menteri Kewangan Perlu Individu Berbeza Jika PAKATAN Menang !


SHAH ALAM: Pakatan Harapan (PAKATAN) disaran mengelakkan pemusatan kuasa kepada seorang individu sekiranya berjaya menguasai Putrajaya selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) nanti.

Bekas Timbalan Pengarah Bank Negara Malaysia (BNM), Dr Rosli Yaakob, berkata pemusatan kuasa yang berlaku dalam pentadbiran Kerajaan Barisan Nasional (BN) menyebabkan berlakunya salah guna kuasa.

“Seorang Perdana Menteri yang memegang jawatan yang banyak tidak selari dengan tuntutan urus tadbir yang baik apabila urus tadbir yang baik menuntut ada pengasingan kuasa, bukannya pemusatan kuasa kepada seorang individu.

“Maka wajarlah kalau jawatan yang dipegang Perdana Menteri dipusatkan hanya ke atas portfolio Perdana Menteri sahaja dan portfolio Menteri Kewangan dan badan berkepentingan kerajaan lain itu diserahkan kepada Menteri dan pegawai lain,” katanya ketika dihubungi SelangorKini di sini, hari ini.

Jelasnya, antara kriteria yang perlu ada sebelum melantik Menteri Kewangan, mestilah memiliki kepakaran dalam bidang ekonomi, kewangan khususnya kewangan awam dan memiliki pengalaman dalam sektor korporat merupakan satu kelebihan.

Katanya, manakala untuk melantik seseorang ke jawatan penting dalam badan perniagaan di bawah Menteri Kewangan seperti 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) dan lain-lain entiti juga mestilah individu berbeza dan bukannya Menteri Kewangan.

Katanya lagi, melantik individu sama meningkatkan risiko salah guna kuasa seperti yang berlaku dalam skandal 1MDB.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melantik dirinya sendiri sebagai Menteri Kewangan.

Beliau kemudiannya menggunakan kedudukannya sebagai Menteri Kewangan untuk melantik dirinya sendiri sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB. #sumber


Appear First on Khabar Melayu


Demikianlah Artikel PM Dan Menteri Kewangan Perlu Individu Berbeza Jika PAKATAN Menang !

Sekianlah artikel PM Dan Menteri Kewangan Perlu Individu Berbeza Jika PAKATAN Menang ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PM Dan Menteri Kewangan Perlu Individu Berbeza Jika PAKATAN Menang ! dengan alamat link https://khabarmelayu.blogspot.com/2018/04/pm-dan-menteri-kewangan-perlu-individu.html

Subscribe to receive free email updates: