PRU-14: Barisan Nasional Kedah Pertaruhkan 18 Calon Muka Baru

PRU-14: Barisan Nasional Kedah Pertaruhkan 18 Calon Muka Baru - Hallo sahabat KHABAR MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PRU-14: Barisan Nasional Kedah Pertaruhkan 18 Calon Muka Baru, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PRU-14: Barisan Nasional Kedah Pertaruhkan 18 Calon Muka Baru
link : PRU-14: Barisan Nasional Kedah Pertaruhkan 18 Calon Muka Baru

Baca juga


PRU-14: Barisan Nasional Kedah Pertaruhkan 18 Calon Muka Baru


ALOR SETAR: Barisan Nasional (BN) Kedah hari ini mengumumkan calon bagi kesemua 15 kerusi Parlimen dan 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang menampilkan gabungan orang lama dan muka baharu, termasuk lima calon wanita pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

BN Kedah menampilkan 18 muka baharu termasuk tiga calon bagi kerusi Parlimen iaitu Timbalan Ketua UMNO Bahagian Sungai Petani Datuk Shahanim Mohamad Yusoff bagi kerusi Parlimen Sungai Petani; Ketua Bahagian UMNO Pokok Sena Datuk Said Ali Said Rastan yang akan bertanding di Parlimen Pokok Sena dan Setiausaha Organisasi Kebangsaan MCA Datuk Yoo Wei How (Parlimen Alor Setar).

Lima belas calon muka baharu bagi kerusi DUN ialah Ahmad Azhar Abdullah (Kota Siputeh); Mohamad Nawar Ariffin (Bukit Pinang); Abdul Malik Saad (Alor Mengkudu); Johari Aziz (Anak Bukit); Datuk Abdul Muthalib Harun (Kubang Rotan); Ahmad Fatahi Omar (Tokai); Datuk Norma Awang (Sungai Limau) dan Datuk Boey Chin Gan (Gurun).

Pengerusi MIC Kedah Datuk Jaspal Singh turut dicalonkan sebagai calon muka baharu bagi kerusi DUN Bukit Selambau; Annuar Ahmad (Tanjung Dawai); Ko Hung Weng (Bakar Arang); Tan Kok Seong (Sidam); Mohamed Noor Mohamed Amin (Bayu); K.S. M. Thuraisingam (Lunas) dan Datuk Asmadi Talib (Merbau Pulas).

Senarai calon BN Kedah itu diumumkan oleh Menteri Besar yang juga Pengerusi BN Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah di Dewan Seri Mentaloon, di sini hari ini.

Tiga calon wanita yang lain termasuk dua bekas exco kerajaan negeri Datuk Suraya Yaacob dan Datuk Norsabrina Mohd Noor masing-masing mempertahankan kerusi DUN Sungai Tiang dan Bandar Baharu manakala Naib Ketua Pergerakan Wanita UMNO Padang Terap Datuk Kama Noriah Ibrahim mempertahankan kerusi DUN Pedu.

Menerusi pencalonan itu, 14 lagi penyandang kerusi DUN yang mempertahankan kerusi masing-masing ialah Ahmad Bashah (Suka Menanti) dan lima exco kerajaan negeri iaitu Datuk Mohd Rawi Abd Hamid (Ayer Hangat); Datuk Aminuddin Omar (Jitra); Datuk Ku Abd Rahman Ku Ismail (Guar Chempedak); Datuk Mohd Tajudin Abdullah (Belantek) dan Datuk Badrol Hisham Hashim (Kuala Nerang).

Selain itu, Datuk Ahmad Zaini Japar (Bukit Kayu Hitam); Datuk Cheah Soon Hai (Derga); Mahadzir Abdul Hamid (Jeneri); Datuk Ali Yahaya (Pantai Merdeka); Datuk Harun Abdul Aziz (Kupang); Mohd Khairul Azhar Abdullah (Kuala Ketil); Chua Thiong Gee (Kulim) dan Nor Saidi Nanyan (Kuah).

Pencalonan itu turut menyaksikan dua exco kerajaan negeri berpindah kerusi DUN ke Parlimen iaitu Datuk Dr Leong Yong Kong dari kerusi DUN Gurun ke Parlimen Padang Serai dan Datuk Tajul Urus Mat Zain dari DUN Tanjung Dawai ke Parlimen Merbok.

Sembilan penyandang kerusi Parlimen yang mempertahankan kerusi masing-masing adalah Timbalan Menteri Kewangan Datuk Othman Aziz (Jerlun); Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohd Johari Baharom (Kubang Pasu); Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid (Padang Terap) dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom (Jerai).

Selain itu, Ketua Penerangan UMNO Kedah Datuk Othman Abdul (Pendang); Dr Mansor Abdul Rahman (Sik); Ketua UMNO Bahagian Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (Baling) dan Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir (Kulim/Bandar Baharu) manakala Datuk Nawawi Ahmad pula mempertahankan kerusi Parlimen Langkawi.

Pencalonan itu turut menyaksikan dua penyandang digugurkan melibatkan satu kerusi Parlimen Merbok Prof Dr Ismail Daut dan kerusi DUN Bukit Lada Datuk Ahmad Sudin.

Sementara itu, bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lada pada PRU11 Datuk Ariffin Man membuat penampilan semula dengan bertanding di kerusi yang sama pada pilihan raya umum kali ini.

Bercakap pada sidang media, Ahmad Bashah berkata beliau yakin dengan senarai calon BN Kedah yang ditampilkan untuk negeri ini pada PRU14.

Beliau berkata semua calon itu adalah calon yang boleh menang dan diyakini menang berdasarkan kepada penelitian terhadap sumbangan dan khidmat mereka kepada rakyat Kedah.

"Kita yakin pada pilihan raya umum kali ini berdasarkan pengalaman 13 kali pilihan raya umum. Kita yakin pengundi di negeri ini tidak sanggup menggadai masa depan dengan anak-anak muda sudah pandai membuat piihan," katanya.

Mengenai dua calon yang digugurkan, Ahmad Bashah berkata beliau sudah berjumpa dan berbincang dengan calon berkenaan sebelum pengumuman itu dibuat.

"Mereka akan bagi sokongan. Semangat setiakawan kena ada, kalau tak bertanding bukan 'the end' (pengakhiran) yang penting kena bersama-sama untuk menentukan orang sokong kita atas tiket BN," katanya. #sumber


Appear First on Khabar Melayu


Demikianlah Artikel PRU-14: Barisan Nasional Kedah Pertaruhkan 18 Calon Muka Baru

Sekianlah artikel PRU-14: Barisan Nasional Kedah Pertaruhkan 18 Calon Muka Baru kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PRU-14: Barisan Nasional Kedah Pertaruhkan 18 Calon Muka Baru dengan alamat link https://khabarmelayu.blogspot.com/2018/04/pru-14-barisan-nasional-kedah.html

Subscribe to receive free email updates: