PRU14: Jangan Mudah Terpengaruh Dengan Fitnah Pembangkang !

PRU14: Jangan Mudah Terpengaruh Dengan Fitnah Pembangkang ! - Hallo sahabat KHABAR MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PRU14: Jangan Mudah Terpengaruh Dengan Fitnah Pembangkang !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PRU14: Jangan Mudah Terpengaruh Dengan Fitnah Pembangkang !
link : PRU14: Jangan Mudah Terpengaruh Dengan Fitnah Pembangkang !

Baca juga


PRU14: Jangan Mudah Terpengaruh Dengan Fitnah Pembangkang !


SIMUNJAN: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan rakyat agar jangan mudah terpengaruh dengan segala fitnah yang dilemparkan parti dan calon pembangkang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Katanya, calon-calon parti pembangkang hanya pandai memutarbelitkan fakta untuk meracuni pemikiran rakyat supaya membenci kerajaan.

Beliau berkata, calon-calon parti pembangkang adalah seperti makhluk dan serangga perosak yang datang untuk merosakkan tanaman yang sedang tumbuh segar.

Sehubungan itu, Ahmad Zahid menasihatkan para pengundi agar tidak mempercayai hasutan calon-calon parti pembangkang dan calon Bebas yang hanya akan datang sekali dalam tempoh lima tahun berbanding wakil rakyat Barisan Nasional (BN) yang sentiasa mendampingi rakyat.

"Mereka calon parti pembangkang datang hanya untuk merosakkan rakyat," katanya ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Daerah Simunjan di Pekan Simunjan di sini hari ini.

Beliau turut mengingatkan pengundi bahawa masa depan negara dan rakyat adalah di tangan kerajaan BN yang jelas sudah berjaya dalam mentadbir negara dan menjaga kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

"Sebanyak 99.4 peratus janji BN dalam manifesto PRU13 sudah berjaya dilaksanakan dan ini merupakan satu pencapaian yang sangat cemerlang," katanya.

Beliau juga menyelar sikap wakil rakyat pembangkang yang menurut beliau merupakan wakil rakyat nomad kerana sering berpindah-randah setiap kali pilihan raya selepas merosakkan kawasan yang diwakili mereka.

Katanya, kerajaan BN tidak perlu menunggu permintaan projek daripada wakil pembangkang kerana kerajaan mempunyai mekanisme sendiri untuk mendapatkan maklumat keperluan rakyat, iaitu termasuk menerusi jabatan dan agensi kerajaan serta daripada ketua masyarakat.

Menurut Ahmad Zahid, kerajaan BN di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan beliau sendiri amat prihatin terhadap keperluan negeri Sarawak dan rakyatnya.

"Kita akan pastikan bahawa tiada tempat di Sabah dan Sarawak ketinggalan dari segi kemudahan infrastruktur dan kemudahan asas lain seperti bekalan elektrik dan air," tambahnya.

Katanya, moto perseimbangan pembangunan di Sabah dan Sarawak akan dilaksanakan dengan memastikan tiada satupun tempat di negeri Sabah dan Sarawak tidak dihubungi jalan raya.

Dalam ucapannya, Ahmad Zahid turut mengumumkan bahawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri akan diberi kepercayaan untuk bertanding semula mempertahankan kerusi Batang Sadong.

Katanya, beliau amat yakin Nancy mampu untuk meningkatkan undi majoritinya pada PRU kali ini, dan menambah bahawa kawasan Parlimen Batang Sadong berhak untuk menerima lebih banyak peruntukan pembangunan apabila BN berjaya mengekalkan kerusi berkenaan nanti.

Mengenai isu kenaikan harga barang kononnya disebabkan GST, timbalan perdana menteri menjelaskan bahawa kenaikan bukan disebabkan GST tetapi disebabkan kos pengeluaran dan pengangkutan yang meningkat.

Di samping itu, katanya, hasil daripada kutipan GST telah disalurkan kembali kepada rakyat menerusi pelbagai inisiatif yang dilaksanakan kerajaan termasuk BR1M.

Beliau juga menangkis dakwaan kononnya pemberian BR1M adalah dedak, sebaliknya menjelaskan bahawa ia adalah bentuk bantuan yang diberi kerajaan untuk meringankan beban rakyat. #sumber


Appear First on Khabar Melayu


Demikianlah Artikel PRU14: Jangan Mudah Terpengaruh Dengan Fitnah Pembangkang !

Sekianlah artikel PRU14: Jangan Mudah Terpengaruh Dengan Fitnah Pembangkang ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PRU14: Jangan Mudah Terpengaruh Dengan Fitnah Pembangkang ! dengan alamat link https://khabarmelayu.blogspot.com/2018/04/pru14-jangan-mudah-terpengaruh-dengan.html

Subscribe to receive free email updates: