Sivarraajh Berharap MyPPP Bantu 'Pertahankan' Cameron Highlands

Sivarraajh Berharap MyPPP Bantu 'Pertahankan' Cameron Highlands - Hallo sahabat KHABAR MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Sivarraajh Berharap MyPPP Bantu 'Pertahankan' Cameron Highlands, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Sivarraajh Berharap MyPPP Bantu 'Pertahankan' Cameron Highlands
link : Sivarraajh Berharap MyPPP Bantu 'Pertahankan' Cameron Highlands

Baca juga


Sivarraajh Berharap MyPPP Bantu 'Pertahankan' Cameron Highlands


KUANTAN: Ketua Pemuda MIC Pusat Datuk C. Sivarraajh yang dicalonkan oleh Barisan Nasional (BN) untuk kerusi Parlimen Cameron Highlands berharap MyPPP akan bersama-samanya dalam usaha mempertahankan kerusi itu.

Sivarraajh berkata ini kerana umum tahu kerusi itu turut didambakan oleh bekas Presiden MyPPP Tan Sri M. Kayveas sehingga mencetuskan masalah dalam parti berkenaan dan membawa kepada pemecatan beliau.

"Saya berterima kasih kepada pucuk pimpinan BN yang memegang semangat setia kawan dengan menyerahkan kawasan itu kepada MIC dan menjadi perkara biasa sebelum pengumuman kita boleh bergaduh dan mengkritik."

"Tetapi selepas pengumuman ini, saya harap mereka (MyPPP) dapat membantu saya untuk terus memberi mandat kepada BN memenangi kerusi itu dengan majoriti lebih baik," katanya ketika ditemui Bernama selepas Majlis Pengumuman dan Penyerahan Watikah kepada calon-calon BN Pahang bagi PRU14, di sini hari ini.

Katanya beliau juga sedar bakal berdepan tugas getir kerana kerusi tersebut dianggap kerusi 'panas' sekali gus menuntutnya bekerja lebih keras bagi memastikan BN menerima sokongan padu pengundi.

Pada PRU13, penyandang Datuk Seri G. Palanivel yang juga bekas Presiden MIC, menang dengan majoriti tipis 462 undi dalam pertandingan empat penjuru. #sumber


Appear First on Khabar Melayu


Demikianlah Artikel Sivarraajh Berharap MyPPP Bantu 'Pertahankan' Cameron Highlands

Sekianlah artikel Sivarraajh Berharap MyPPP Bantu 'Pertahankan' Cameron Highlands kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Sivarraajh Berharap MyPPP Bantu 'Pertahankan' Cameron Highlands dengan alamat link https://khabarmelayu.blogspot.com/2018/04/sivarraajh-berharap-myppp-bantu.html

Subscribe to receive free email updates: