Ada ADUN BN Perak Keluar Parti, Akan 'Sokong' Pakatan Harapan?

Ada ADUN BN Perak Keluar Parti, Akan 'Sokong' Pakatan Harapan? - Hallo sahabat KHABAR MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ada ADUN BN Perak Keluar Parti, Akan 'Sokong' Pakatan Harapan?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ada ADUN BN Perak Keluar Parti, Akan 'Sokong' Pakatan Harapan?
link : Ada ADUN BN Perak Keluar Parti, Akan 'Sokong' Pakatan Harapan?

Baca juga


Ada ADUN BN Perak Keluar Parti, Akan 'Sokong' Pakatan Harapan?


IPOH: Khabar angin bertiup kencang di Perak yang masih belum menubuhkan kerajaan sehingga kini apabila dikatakan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Barisan Nasional (BN) akan keluar parti.

Individu tersebut dikatakan akan menyokong Pakatan Harapan sekaligus menggenapkan jumlah kerusi majoriti mudah, 30 kerusi yang diperlukan Pakatan Harapan untuk membentuk kerajaan negeri Perak.

Astro AWANI cuba menghubungi individu tersebut untuk mendaptkan penjelasan dan pengesahan, namun gagal.

Beliau dikatakan mempunyai hubungan kekeluargaan dengan salah seorang pemimpin utama Pakatan Harapan Perak.

Selain itu, bapanya juga pernah menjadi orang kanan kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad suatu ketika dahulu.

Bagaimanapun, bapanya tidak mengumumkan penyertaannya dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) secara terbuka sehingga kini.

Pada petang Jumaat, Ahli Dewan Negara Perak, Datuk Seri Mohd Annuar Zaini memaklumkan bahawa Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah meminta supaya kedua-dia pihak, BN dan Pakatan Harapan membawa majoriti ADUN sebagai bukti sokongan dalam membentuk kerajaan negeri.

Pemimpin BN dikatakan akan menghadap Sultan Nazrin pada sebelah pagi di Istana Kinta di sini sementara pemimpin Pakatan Harapan meminta supaya diberikan masa sehingga 2 petang, Sabtu.

BN yang kini memiliki 27 kerusi DUN memerlukan tiga lagi kerusi sementara Pakatan Harapan yang kini memiliki 29 kerusi hanya memerlukan satu sahaja lagi ADUN menyokong. #sumber


Appear First on Khabar Melayu


Demikianlah Artikel Ada ADUN BN Perak Keluar Parti, Akan 'Sokong' Pakatan Harapan?

Sekianlah artikel Ada ADUN BN Perak Keluar Parti, Akan 'Sokong' Pakatan Harapan? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ada ADUN BN Perak Keluar Parti, Akan 'Sokong' Pakatan Harapan? dengan alamat link https://khabarmelayu.blogspot.com/2018/05/ada-adun-bn-perak-keluar-parti-akan.html

Subscribe to receive free email updates: