Judul : Kenyataan Rafizi hanya pandangan peribadi - Azmin
link : Kenyataan Rafizi hanya pandangan peribadi - Azmin
Kenyataan Rafizi hanya pandangan peribadi - Azmin
GOMBAK: Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menafikan dakwaan partinya memboikot mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) pada Sabtu bagi memutuskan mengenai kedudukan Kabinet.
Malah Mohamed Azmin menjelaskan, nama tiga menteri Kabinet yang diumumkan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan dimuktamadkan oleh Yang di-Pertuan Agong.
Penjelasan Mohamed Azmin ini juga sekali gus menepis dakwaan PKR menolak nama tiga menteri kanan yang telah diumumkan oleh Dr Mahathir pada Sabtu.
"Muktamad adalah di peringkat Yang di-Pertuan Agong. Itu nama-nama yang dikemukakan oleh Perdana Menteri.
"Sebagai Perdana Menteri, beliau telah memberikan pandangan dan menerima pandangan daripada Pakatan Harapan, jadi nama-nama akan diangkat kepada Yang di-Pertuan Agong," katanya pada sidang media di Majlis Kesyukuran Kemenangan Rakyat di sini, hari ini.
BACA: Rafizi disaran ikut saluran betul - Khairuddin
BACA: Rafizi, terimalah keputusan secara positif - Nurul Izzah
Mengulas kenyataan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli yang mendakwa senarai itu belum muktamad, Mohamed Azmin berkata perkara itu merupakan pandangan peribadi bekas Ahli Parlimen Pandan itu.
Beliau menjelaskan, rundingan masih berjalan dan PKR mahu Ketua Umumnya yang dipenjarakan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menjadi sebahagian daripada perbincangan.
BACA: Anwar ulangi sokongan padu PKR kepada kepimpinan PM Tun Mahathir
"Sangat malang, Anwar tidak dapat menyertai mesyuarat yang berlangsung semalam.
"Jadi ia bukan soal boikot, tapi kami mahu Anwar sebagai Ketua Umum untuk memberikan pandangan beliau juga," katanya lagi.
Menurut beliau, PKR juga cukup senang dengan usaha Perdana Menteri menziarahi Anwar di Hospital Rehabilitasi selepas mesyuarat tersebut bagi meneruskan perbincangan berkenaan.
Appear First on Khabar Melayu
Demikianlah Artikel Kenyataan Rafizi hanya pandangan peribadi - Azmin
Sekianlah artikel Kenyataan Rafizi hanya pandangan peribadi - Azmin kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kenyataan Rafizi hanya pandangan peribadi - Azmin dengan alamat link https://khabarmelayu.blogspot.com/2018/05/kenyataan-rafizi-hanya-pandangan.html