‘Langkah Pandan’ untuk Anwar jadi PM?

‘Langkah Pandan’ untuk Anwar jadi PM? - Hallo sahabat KHABAR MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul ‘Langkah Pandan’ untuk Anwar jadi PM?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : ‘Langkah Pandan’ untuk Anwar jadi PM?
link : ‘Langkah Pandan’ untuk Anwar jadi PM?

Baca juga


‘Langkah Pandan’ untuk Anwar jadi PM?

Susulan kemenangan pertama pembangkang dalam 61 tahun yang menyaksikan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri ke-7, fokus kini beralih kepada janji pilihan raya untuk Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memimpin negara.
Anwar yang sedang menunggu pengampunan diraja selepas menjalani hukuman penjara ke-2 atas sabitan meliwat bekas pembantu peribadinya, mungkin berehat selepas dibebaskan dan sebelum memulakan misinya menjadi perdana menteri.
Penganalisis politik, Khoo Kay Peng percaya Timbalan Perdana Menteri dan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan mengosongkan kerusinya di Pandan untuk memberi laluan kepada Anwar bertanding.
“Ia pelik jika beliau tidak berbuat demikian dan akhirnya Anwar menjadi PM, isterinya sebagai TPM dan anak perempuannya (Nurul Izzah Anwar) terbabit dalam politik negara juga.
“Persoalan timbul sama ada mereka bertiga sesuai berkhidmat dalam kerajaan secara serentak. Kontroversi seperti ini yang mahu dielakkan kerajaan baru,” katanya kepada FMT.
Beliau berkata, pilihan raya kecil mungkin diadakan di Parlimen Pandan, sama seperti pilihan raya kecil di Permatang Pauh pada Mei 2015 untuk membolehkan Anwar memasuki Parlimen.
Ia sebahagian daripada manifesto PH,” katanya ketika ditanya jika langkah itu akan diterima rakyat.
Khoo berkata, rakyat tahu ini proses peralihan untuk Anwar menjadi perdana menteri.
“Ia sudah diterima (rakyat) yang Dr Mahathir tidak akan berkhidmat untuk penggal penuh. Ini akan mengambil 1 hingga 2 tahun dan peralihan sepatutnya berlaku selepas separuh penggal Dr Mahathir. Inilah masanya Anwar akan muncul.”
Khoo menolak kemungkinan Anwar akan menggunakan pendekatan dilantik sebagai senator untuk menggantikan Dr Mahathir sebagai perdana menteri.
“Beliau tentu mahu mandat daripada rakyat. Ia sangat luar biasa jika itu adalah laluan yang akan diambilnya.”
Media melaporkan petisyen pengampunan untuk Anwar sudah dikemukakan atas alasan beliau “tidak mendapat keadilan” dan ketua umum PH itu mungkin dibebaskan esok.
Anwar merupakan pilihan pertama PH sebagai calon perdana menteri mengikut rancangan asal gabungan 4 parti itu untuk pilihan raya umum ke-14.
Dr Mahathir, 92, yang merupakan perdana menteri tertua di dunia, akan menyerahkan jawatannya selepas Anwar layak dilantik perdana menteri ke-8.
Anwar ialah timbalan Dr Mahathir dari 1993 hingga 1998 sebelum beliau dipenjarakan atas tuduhan meliwat. Beliau dibebaskan pada 2004 dan mengetuai pembangkang di bawah perjuangan “Reformasi” dalam cubaan melakukan pembaharuan di negara ini. - FMT


Appear First on Khabar Melayu


Demikianlah Artikel ‘Langkah Pandan’ untuk Anwar jadi PM?

Sekianlah artikel ‘Langkah Pandan’ untuk Anwar jadi PM? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel ‘Langkah Pandan’ untuk Anwar jadi PM? dengan alamat link https://khabarmelayu.blogspot.com/2018/05/langkah-pandan-untuk-anwar-jadi-pm.html

Subscribe to receive free email updates: