PH Sarawak Tolak Langkah Untuk Terima PBB Sertai Gabungan Itu !

PH Sarawak Tolak Langkah Untuk Terima PBB Sertai Gabungan Itu ! - Hallo sahabat KHABAR MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PH Sarawak Tolak Langkah Untuk Terima PBB Sertai Gabungan Itu !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PH Sarawak Tolak Langkah Untuk Terima PBB Sertai Gabungan Itu !
link : PH Sarawak Tolak Langkah Untuk Terima PBB Sertai Gabungan Itu !

Baca juga


PH Sarawak Tolak Langkah Untuk Terima PBB Sertai Gabungan Itu !


PETALING JAYA: Pakatan Harapan di Sarawak menolak sebarang usaha menerima parti dari Barisan Nasional Sarawak, terutama Parti Pesaka Bumiputra Bersatu Sarawak (PBB), ke dalam gabungannya selepas mengambil alih kerajaan persekutuan pada pilihan raya umum pada Rabu.

Pengerusi PH Sarawak Chong Chieng Jen malam tadi berkata menerima parti seperti PBB seperti menerima UMNO menyertai PH.

“Kami bekerja keras melawan rejim korup itu,” katanya.

Beliau menambah tidak masuk akal untuk membenarkan parti-parti BN Sarawak menyertai PH Sarawak, “dan dengan itu menutup semua rasuah yang dilakukan oleh mereka”.

Pakatan Harapan dalam proses membentuk kerajaan persekutuan, selepas Pengerusi PH Tun Dr Mahathir Mohamad dilantik perdana menteri semalam.

PH bagaimanapun masih parti pembangkang di Sarawak dan kerajaan negeri ditadbir oleh BN Sarawak, diketuai PBB bawah Datuk Abang Johari Openg.

Dr Mahathir dilapor mengadakan perbincangan dengan Yang di-Pertua Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud di Kuala Lumpur hari ini. Mesyuarat itu dikatakan juga disertai sekutu Dr Mahathir, bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin.

Tidak diketahui apa yang sedang dibincangkan. Chong berkata laporan itu berdasarkan “sumber yang tidak disahkan”.

Laporan Malaysiakini berkata Taib akan memanggil Abang Johari untuk satu perbincangan dan satu mesyuarat tergembar melibatkan para Adun dan Ahli Parlimen BN akan diadakan pada Rabu untuk membincangkan masa depan parti-parti Sarawak dalam BN.

BN Sarawak sekarang dianggotai PBB, Parti Rakyat Sarawak (PRS), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Demokratik Progresif (PDP). Terdapat kemungkinan beberapa parti akan meninggalkan BN Sarawak jika kerajaan persekutuan bertukar tangan.

Tetapi Chong, yang juga pengerusi DAP Sarawak berkata: “Parti kami bekerja keras atas landasan integriti dan penyokong kami menyokong kami melalui masa-masa sukar kerana mereka percayakan integriti kami.

“Atas sebab itu, kami tidak boleh dan tidak akan menerima Barisan Nasional Sarawak, terutama PBB, ke dalam PH Sarawak,” katanya.

Tentang sama ada ahli-ahli individu dari parti-parti BN akan diterima, beliau berkata mereka mesti ditapis oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). #sumber


Appear First on Khabar Melayu


Demikianlah Artikel PH Sarawak Tolak Langkah Untuk Terima PBB Sertai Gabungan Itu !

Sekianlah artikel PH Sarawak Tolak Langkah Untuk Terima PBB Sertai Gabungan Itu ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PH Sarawak Tolak Langkah Untuk Terima PBB Sertai Gabungan Itu ! dengan alamat link https://khabarmelayu.blogspot.com/2018/05/ph-sarawak-tolak-langkah-untuk-terima.html

Subscribe to receive free email updates: