Judul : Wan Azizah SETUJU suami tak dilantik PM serta-merta
link : Wan Azizah SETUJU suami tak dilantik PM serta-merta
Wan Azizah SETUJU suami tak dilantik PM serta-merta
PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bersetuju suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan mengambil alih jawatan perdana menteri daripada Tun Dr Mahathir Mohamad serta-merta, menjelang pembebasan ketua umum PKR itu esok dan kemungkinan pengampunan diraja untuk membenarkan beliau kembali berpolitik.
“Kami sudah bincang perkara ini bersama dan kami harap di bawah Dr Mahathir, semuanya akan berjalan lancar,” katanya ketika ditemui di Hospital Rehabilitasi Cheras, di mana Anwar sedang dirawat.
Ini selepas gesaan bekas menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin, yang kini sebahagian Majlis Penasihat Kerajaan untuk kerajaan baru Pakatan Harapan berkata, ia tindakan “bodoh” untuk melantik Anwar sebagai perdana menteri sekarang.
Hari ini, Dr Mahathir memberitahu The Wall Street Journal ia mengambil masa “1 hingga 2 tahun” untuk bekas timbalannya menggantikan beliau sebagai perdana menteri.
Anwar, 70, dijangka dibebaskan esok selepas menjalani hukuman penjara 5 tahun atas sabitan meliwat bekas pembantu peribadinya, yang didakwa beliau dan penyokongnya sebagai bermotifkan politik.
Anwar merupakan pilihan pertama PH sebagai calon perdana menteri mengikut rancangan asal gabungan 4 parti itu untuk pilihan raya umum ke-14.
Dr Mahathir, 92, yang merupakan perdana menteri tertua di dunia, akan menyerahkan jawatannya selepas Anwar layak dilantik perdana menteri ke-8. - FMT
Appear First on Khabar Melayu
Demikianlah Artikel Wan Azizah SETUJU suami tak dilantik PM serta-merta
Sekianlah artikel Wan Azizah SETUJU suami tak dilantik PM serta-merta kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Wan Azizah SETUJU suami tak dilantik PM serta-merta dengan alamat link https://khabarmelayu.blogspot.com/2018/05/wan-azizah-setuju-suami-tak-dilantik-pm.html