Kerajaan Tubuh GIACC, diketuai oleh Abu Kassim

Kerajaan Tubuh GIACC, diketuai oleh Abu Kassim - Hallo sahabat KHABAR MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kerajaan Tubuh GIACC, diketuai oleh Abu Kassim, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kerajaan Tubuh GIACC, diketuai oleh Abu Kassim
link : Kerajaan Tubuh GIACC, diketuai oleh Abu Kassim

Baca juga


Kerajaan Tubuh GIACC, diketuai oleh Abu Kassim


SHAH ALAM - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bersetuju untuk menubuhkan Pusat Governans, Integriti dan Antirasuah Nasional (GIACC) yang bertujuan untuk menyelaras dan memantau semua aktiviti berkaitan governans, integriti dan antirasuah di negara ini.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata, pusat itu juga bertanggungjawab dalam merancang, menggubal strategi dan menilai polisi dalam memastikan semua urusan kerajaan dilaksanakan berteraskan tadbir urus baik, integriti dan tiada toleransi kepada perbuatan rasuah.

Perdana Menteri juga bersetuju melantik bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed untuk menerajui GIACC.

Pemilihan tersebut berdasarkan pengalaman luas Abu Kassim dalam bidang governans, integriti dan antirasuah samada di dalam dan di luar negara.

“Pada masa ini Abu Kassim turut menganggotai Pasukan Khas Siasatan 1MDB dan merupakan tenaga pakar di Akademi Antirasuah Antarabangsa Austria.

“Antara tugas awal GIACC yang dipersetujui Dr. Mahathir ialah memastikan 21 janji berkaitan governans, integriti dan antirasuah yang dikenal pasti terdapat dalam manifesto kerajaan diberi tumpuan khusus untuk dilaksanakan dalam fasa-fasa tertentu,” katanya, dalam satu kenyataan,  di sini.

Kesemua cadangan penambahbaikan oleh GIACC itu akan dibentangkan dalam Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti-Rasuah (JKKMAR) untuk diputuskan.

JKKMAR yang bakal ditubuhkan bagi menggantikan Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Keutuhan Pengurusan Kerajaan (JKKMKPK) berperanan dalam penentuan dasar dan hala tuju governans, integriti dan anti-rasuah di negara ini melalui kerangka Pelan Anti-Rasuah Nasional yang bakal digubal kelak.


Appear First on Khabar Melayu


Demikianlah Artikel Kerajaan Tubuh GIACC, diketuai oleh Abu Kassim

Sekianlah artikel Kerajaan Tubuh GIACC, diketuai oleh Abu Kassim kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kerajaan Tubuh GIACC, diketuai oleh Abu Kassim dengan alamat link https://khabarmelayu.blogspot.com/2018/06/kerajaan-tubuh-giacc-diketuai-oleh-abu.html

Subscribe to receive free email updates: