'MALAYSIA BARU' KINI DITERAJUI OLEH PEMIMPIN LIBERAL & SEKULAR - ISMA

'MALAYSIA BARU' KINI DITERAJUI OLEH PEMIMPIN LIBERAL & SEKULAR - ISMA - Hallo sahabat KHABAR MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 'MALAYSIA BARU' KINI DITERAJUI OLEH PEMIMPIN LIBERAL & SEKULAR - ISMA, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 'MALAYSIA BARU' KINI DITERAJUI OLEH PEMIMPIN LIBERAL & SEKULAR - ISMA
link : 'MALAYSIA BARU' KINI DITERAJUI OLEH PEMIMPIN LIBERAL & SEKULAR - ISMA

Baca juga


'MALAYSIA BARU' KINI DITERAJUI OLEH PEMIMPIN LIBERAL & SEKULAR - ISMA


PRESIDEN ISMA BERKATA 'MALAYSIA BARU' KINI DITERAJUI OLEH PEMIMPIN LIBERAL & SEKULAR. 

"Malaysia Baru" bukan lagi negara yang berasaskan kepada Melayu dan Islam apabila apabila amalan liberal demokratik mula dipraktik dan diguna pakai dalam pemerintahan Malaysia, kata Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Abdullah Zaik Ab Rahman.

Bahkan, katanya, amalan liberal demokratik itu sudah mula diterapkan melalui pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan hari ini.

Menurut beliau, ini menjadi realiti apabila posisi strategik kini diambil alih oleh pemimpin berfahaman liberal dan sekular.

“Jadi apabila berlaku perkara ini, ia akan meminggirkan kedudukan Islam, idealisme Islam, falsafah politik Islam, konsep pembinaan atau sistem hidup pemerintahan tamadun yang berasaskan Tauhid, wahyu dan agama.

“Itulah yang saya maksudkan sebagai malapetaka yang boleh terjadi, sekiranya tiada keinsafan rakyat terutama orang Melayu dan Islam. Maka perkara ini benar-benar berlaku,” katanya dalam satu temubual khas bersama portal Ismaweb, hari ini.

Menurut Abdullah Zaik, walaupun ISMA menghormati keputusan rakyat yang memilih HARAPAN sebagai kerajaan yang baru, beliau percaya, kemenangan mereka bukanlah bermaksud rakyat menerima konsep liberal demokratik.

Katanya, rakyat dan juga pengundi tidak memahami ke arah mana mereka akan dibawa, termasuk maksud jelas liberal demokratik itu sendiri.

“Tetapi apa yang berlaku sebenarnya, undi majoriti itu beralih daripada BN kepada HARAPAN atas alasan sentimen benci dan marah kepada kerajaan yang ada.

“Oleh kerana mereka dilihat gagal untuk menangani krisis kepercayaan kepada kepimpinan mereka, lalu memberikan mereka hukuman. Itu sebenarnya yang berlaku,” katanya.

Beliau berkata, amalan liberal demokratik kini terpaksa dihadapi majoriti orang Melayu untuk tempoh lima tahun akan datang memandangkan posisi strategik kini diambil alih oleh pemimpin berfahaman liberal dan sekular.

Abdullah Zaik walau bagaimanapun tidak menjelaskan apa yang dimaksudkannya dengan pemimpin berfahaman liberal dan sekular mahupun menamakan sesiapa.

Sumber: Malaysiakini..


Appear First on Khabar Melayu


Demikianlah Artikel 'MALAYSIA BARU' KINI DITERAJUI OLEH PEMIMPIN LIBERAL & SEKULAR - ISMA

Sekianlah artikel 'MALAYSIA BARU' KINI DITERAJUI OLEH PEMIMPIN LIBERAL & SEKULAR - ISMA kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 'MALAYSIA BARU' KINI DITERAJUI OLEH PEMIMPIN LIBERAL & SEKULAR - ISMA dengan alamat link https://khabarmelayu.blogspot.com/2018/06/malaysia-baru-kini-diterajui-oleh.html

Subscribe to receive free email updates: