Kepercayaan terhadap ketelusan PH semakin terhakis

Kepercayaan terhadap ketelusan PH semakin terhakis - Hallo sahabat KHABAR MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kepercayaan terhadap ketelusan PH semakin terhakis, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kepercayaan terhadap ketelusan PH semakin terhakis
link : Kepercayaan terhadap ketelusan PH semakin terhakis

Baca juga


Kepercayaan terhadap ketelusan PH semakin terhakis


Kepercayaan terhadap ketelusan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengangkat nilai kedaulatan undang-undang semakin terhakis.

Menurut Ahli Parlimen Bachok Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, ini rentetan daripada penarikan semula dua kes rasuah melibatkan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan ahli perniagaan, Phang Li Koon.

Ia menimbulkan persoalan ramai terhadap sejauh mana institusi teras dalam negara ini benar-benar bersih daripada pengaruh pihak luar dalam menentukan tindakannya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, Guan Eng, yang juga bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, dan ahli perniagaan Phang Li Koon dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi atas pertuduhan rasuah berhubung pembelian sebuah banglo di bawah nilai pasaran.

Nik Mohamad Abduh berkata, kerajaan sering melaung-laungkan slogan kedaulatan undang-undang dengan gagasan mereformasi institusi perundangan sejak mengambil alih tampuk pemerintahan negara.

Namun, soalnya, apakah sebuah kedaulatan undang-undang itu terpakai hanya untuk melindungi mereka yang berkuasa, sedangkan perbicaraan kes rasuah Menteri Kewangan tersebut baru pada fasa awal setelah melalui penyiasatan sejak 2016.

"Jika pihak tertuduh yakin berada pada pihak yang benar, sewajarnya kes yang berprofil tinggi ini dibicarakan sehingga diputuskan oleh sebuah Mahkamah yang bebas, bukannya ditarik balik oleh Peguam Negara," katanya.

Itu katanya, makna sebenar di sebalik hasrat Kerajaan PH mengangkat slogan kedaulatan undang-undang.

Malah, jelasnya selain dilihat wujudnya campur tangan, pengguguran kes ini menimbulkan persepsi bahawa pihak tertuduh tidak berani berhadapan dengan perbicaraan.

"Selain kekaburan terhadap janji reformasi tersebut, saya juga berpandangan pengguguran kes ini akan berkait dengan kredibiliti penyiasatan SPRM," katanya.

Jelasnya, persoalan ini semua masih menjadi tanda tanya di kalangan rakyat.
Katanya, kesemua perkara ini jelas memberi gambaran implikasi terhadap pengguguran kes berprofil tinggi dalam negara kita.

"Lebih malang lagi, ia bukan sahaja membelakangi janji reformasi pihak Kerajaan terhadap rakyat, bahkan telah menyebabkan institusi-institusi tersebut mengalami defisit keyakinan oleh rakyat hari ini," katanya. - SH


Appear First on Khabar Melayu


Demikianlah Artikel Kepercayaan terhadap ketelusan PH semakin terhakis

Sekianlah artikel Kepercayaan terhadap ketelusan PH semakin terhakis kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kepercayaan terhadap ketelusan PH semakin terhakis dengan alamat link https://khabarmelayu.blogspot.com/2018/09/kepercayaan-terhadap-ketelusan-ph.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :