(BELIT CAKAP) Mujahit TIDAK Halang Pesta Arak Oktoberfest

(BELIT CAKAP) Mujahit TIDAK Halang Pesta Arak Oktoberfest - Hallo sahabat KHABAR MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul (BELIT CAKAP) Mujahit TIDAK Halang Pesta Arak Oktoberfest, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : (BELIT CAKAP) Mujahit TIDAK Halang Pesta Arak Oktoberfest
link : (BELIT CAKAP) Mujahit TIDAK Halang Pesta Arak Oktoberfest

Baca juga


(BELIT CAKAP) Mujahit TIDAK Halang Pesta Arak Oktoberfest


MENTERI Wilayah, Khalid Abdul Samad HANYA dinasihatkan supaya memastikan penganjuran pesta Oktoberfest di ibu negara, tidak menjadi masalah kepada umat Islam.
Itu pesanan MENTERI Agama di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa kepada rakannya dalam Parti Amanah Negara (AMANAH) itu yang dilaporkan, membenarkan penganjuran Oktoberfest di ibu negara dengan bersyarat.
Mujahid enggan memberikan pandangannya secara khusus terhadap penganjuran pesta berasal dari Jerman itu, namun menggesa umat Islam supaya tidak menyertainya.
Saya sedang berbincang dengan pihak mufti (mengenai penganjuran Oktoberfest), namun secara asasnya apa saja perkara mungkar seperti minum arak dan sebagainya, kita minta umat Islam jangan sertai.
"Lain daripada itu, Menteri Wilayah yang akan uruskan daripada segi perundangan, kalau dizinkan, apa syaratnya.
"Saya juga berhubung secara rapat dengan YB Khalid (dan berpesan) supaya isu ini tidak menjadi masalah kepada umat Islam," katanya ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Seminar Wakaf Institusi Pendidikan 2018 di Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya pendiriannya terhadap penganjuran Oktoberfest selepas Khalid yang juga Pengarah Komunikasi AMANAH, dilaporkan membenarkan pesta arak itu dianjurkan di ibu negara jika mematuhi syarat ditetapkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Antara syarat itu ialah ia tidak dianjurkan di tempat terbuka serta tidak boleh disertai oleh individu beragama Islam. - Malaysiakini 


Appear First on Khabar Melayu


Demikianlah Artikel (BELIT CAKAP) Mujahit TIDAK Halang Pesta Arak Oktoberfest

Sekianlah artikel (BELIT CAKAP) Mujahit TIDAK Halang Pesta Arak Oktoberfest kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel (BELIT CAKAP) Mujahit TIDAK Halang Pesta Arak Oktoberfest dengan alamat link https://khabarmelayu.blogspot.com/2018/10/belit-cakap-mujahit-tidak-halang-pesta.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :