Judul : Rupanya berlaku Penyelewengan Visa Pelancong China
link : Rupanya berlaku Penyelewengan Visa Pelancong China
Rupanya berlaku Penyelewengan Visa Pelancong China
KUALA LUMPUR - Pihak polis kini sedang melakukan siasatan terhadap isu penyelewengan visa pelancong China ke Malaysia yang dilakukan dengan tidak melalui tapisan sah bagi memasuki negara ini.
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, pengumpulan maklumat sedang giat dijalankan mengenai isu tersebut pada masa ini dengan tindakan susulan sudah diambil oleh pihak polis.
“Kita ambil perhatian mengenai perkara ini di mana proses mengumpul dan menganalisa maklumat sedang dilakukan. Sekiranya ia (maklumat) sudah mencukupi untuk melancarkan operasi khas, kita akan lancarkannya.
“Pada masa ini, memang terdapat tindakan susulan dari pihak kami namun begitu ia tidak boleh dimaklumkan akan jenis tindakan yang telah dilakukan,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Beliau berkata demikian pada Majlis Penutup Tilawah Al-Quran PDRM Peringkat Kebangsaan 2018 di Maktab PDRM, Cheras di sini. - K! ONLINE
Appear First on Khabar Melayu
Demikianlah Artikel Rupanya berlaku Penyelewengan Visa Pelancong China
Sekianlah artikel Rupanya berlaku Penyelewengan Visa Pelancong China kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Rupanya berlaku Penyelewengan Visa Pelancong China dengan alamat link https://khabarmelayu.blogspot.com/2018/11/rupanya-berlaku-penyelewengan-visa.html