Benarkah MALAIKAT juga buat SALAH seperti Kerajaan PH?

Benarkah MALAIKAT juga buat SALAH seperti Kerajaan PH? - Hallo sahabat KHABAR MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Benarkah MALAIKAT juga buat SALAH seperti Kerajaan PH?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Benarkah MALAIKAT juga buat SALAH seperti Kerajaan PH?
link : Benarkah MALAIKAT juga buat SALAH seperti Kerajaan PH?

Baca juga


Benarkah MALAIKAT juga buat SALAH seperti Kerajaan PH?


Malaikat Tidak Melakukan Kesilapan
================ 
1. Dalam aqidah Islam, jumhur ulama’ menegaskan bahawa para Malaikat itu tidak melakukan kesilapan. Pandangan ini dinyatakan oleh al-Qadi Iyyad dan Al-Imam al-Suyuti. Mereka berhujah dengan dua ayat daripada al-Quran (Surah al-Tahrim: 6 dan Surah al-Anbiya’: 27) yang menggambarkan sifat Malaikat itu menerima arahan dan tidak melakukan kesilapan.  

2. Sheikh Said Sabiq ketika menghuraikan perkara ini turut berhujah dengan ayat 6 dari surah al-Tahrim. Pandangan ini menurut Sheikh Hasan Ayyub adalah pandangan yang lahir dari kesepakatan jumhur ulama berdasarkan dalil dari Quran dan Sunnah. (Said Sabiq, Aqidah Islamiyyah, 1/114, Hassan Ayyub, Tabsit, 1/186)

3. al-Imam al-Suyuti juga menggunakan ayat pertama dari Surah Fatir yang menyifatkan Malaikat sebagai utusan (Rasul), dan utusan Allah tidak mungkin melakukan kesilapan. (Umar Sulayman al-Ashqar, Alam al-Malaikat, 1/26).

4. Namun menurut al-Imam al-Qurtubi pula, terdapat juga mereka yang berpandangan bahawa Malaikat melakukan kesilapan. Mereka memetik pandangan dari ahli kitab (dikalangan Yahudi dan Kristian) berhubung kisah Harut dan Marut. Kisah ahli kitab ini sangat ganjil apabila mereka menggambarkan Malaikat tersebut telah meminum arak, menyembah berhala dan membunuh bayi.

5. Atas dasar itu itu, pandangan ini ditolak keras oleh sarjana Muslim termasuklah al-Imam al-Qurtubi, Ibn Kathir dan Sheikh Atiyyah Saqar. Menurut mereka, sandaran hujah Israiliyyat (kisah yang datang dari Bani Israel) yang dibawa oleh mereka ini disifatkan sebagai daif (lemah) bahkan bertentangan dengan al-Quran dan usul aqidah Islam. (Tafsir al-Qurtubi, 2/52, Umar Sulayman al-Ashqar, Alam al-Malaikat, 1/26).

6. Adalah sangat jelas menurut al-Quran, para Malaikat itu disifatkan sebagai makhluk yang sangat taat pada Allah serta tidak melakukan kesilapan dan dosa.

Moga Allah membimbing kita semua.

Oleh:Dr. Ahmad Sanusi Azmi

#CelahGelegar 


Appear First on Khabar Melayu


Demikianlah Artikel Benarkah MALAIKAT juga buat SALAH seperti Kerajaan PH?

Sekianlah artikel Benarkah MALAIKAT juga buat SALAH seperti Kerajaan PH? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Benarkah MALAIKAT juga buat SALAH seperti Kerajaan PH? dengan alamat link https://khabarmelayu.blogspot.com/2018/12/benarkah-malaikat-juga-buat-salah.html

Subscribe to receive free email updates: