[ISU TH] Penghakiman di MEDIA cara KEADILAN Kerajaan PH?

[ISU TH] Penghakiman di MEDIA cara KEADILAN Kerajaan PH? - Hallo sahabat KHABAR MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [ISU TH] Penghakiman di MEDIA cara KEADILAN Kerajaan PH?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [ISU TH] Penghakiman di MEDIA cara KEADILAN Kerajaan PH?
link : [ISU TH] Penghakiman di MEDIA cara KEADILAN Kerajaan PH?

Baca juga


[ISU TH] Penghakiman di MEDIA cara KEADILAN Kerajaan PH?

PAS memandang serius terhadap tuduhan yang berlaku dalam Tabung Haji (TH) sebagai institusi kewangan terbesar umat Islam di Malaysia, kata presidennya Abdul Hadi Awang.  
Namun tegas beliau, parti itu berpandangan tidak wajar sekiranya pertuduhan itu dibicarakan melalui media oleh “seorang menteri yang masih mentah”, sehingga boleh menimbulkan persepsi dan percanggahan maklumat yang mengelirukan. 

"Saya mengikuti pendedahan terbaru ke atas pihak TH melibatkan aspek pengurusan kewangan, pelaburan dan tadbir urus yang dipertikaikan. 

"PAS berpandangan tidak wajar sekiranya pertuduhan itu dibicarakan melalui media oleh seorang menteri yang masih mentah," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Terdahulu Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Mujahid Yusof mendedahkan TH mengalami defisit sebanyak RM4.1 bilion dan melanggar syarat pembayaran hibah (dividen) kerana membuat bayaran ketika liabilitinya melebihi aset.

Bekas pengerusi TH Abdul Azeez Abdul Rahim menafikan pelanggaran syarat itu dan mempertahankan TH tidak mengalami defisit, sebaliknya mempunyai lebihan.

Justeru Abdul Hadi yang juga anggota parlimen Marang berkata, pihaknya menyarankan agar satu penilaian menyeluruh dikendalikan bawah seliaan Majlis Raja-Raja (suruhanjaya diraja) ataupun parlimen.

"PAS juga menasihatkan agar kerajaan tidak mempolitikkan isu ini sehingga merosakkan imej TH dan tidak bersikap berat sebelah dalam menjalankan siasatan terhadap kes rasuah dan penyelewengan melibatkan pemimpin Pakatan Harapan yang masih belum disiasat dan didakwa sehingga hari ini,” katanya.
Hadi juga berkata PAS meletakkan keyakinan terhadap integriti dan profesionalisme lembaga pengarah, pengurusan tertinggi, pegawai dan kakitangan TH dalam melaksanakan tugas bagi melindungi kepentingan pendeposit.
"Janganlah kerana nila setitik, rosak susu sebelanga," katanya. - Malaysiakini #CelahGelegar


Appear First on Khabar Melayu


Demikianlah Artikel [ISU TH] Penghakiman di MEDIA cara KEADILAN Kerajaan PH?

Sekianlah artikel [ISU TH] Penghakiman di MEDIA cara KEADILAN Kerajaan PH? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [ISU TH] Penghakiman di MEDIA cara KEADILAN Kerajaan PH? dengan alamat link https://khabarmelayu.blogspot.com/2018/12/isu-th-penghakiman-di-media-cara.html

Subscribe to receive free email updates: