Judul : Malaikat TIDAK u-turn atau Flip-flop, Jangan Buat Perbandingan Bodoh
link : Malaikat TIDAK u-turn atau Flip-flop, Jangan Buat Perbandingan Bodoh
Malaikat TIDAK u-turn atau Flip-flop, Jangan Buat Perbandingan Bodoh
Default System Malaikat Sentiasa Mentaati Allah Kecuali Menjadi Manusia
Terdapat sekte Syiah mendakwa malaikat didakwa berbuat salah kerana menyampaikan wahyu kepada Nabi Muhammad, bukannya Saidina Ali. Ini gila dan kufur walaupun cuba bertaqiyyah.
Malaikat tidak sesekali mampu melakukan kesalahan kerana mereka telah diprogramkan untuk mentaati perintah Allah.
Default system kejadian malaikat adalah طاعة الله sepanjang masa (Al-Tahrim : 9)
Ada satu kes dalam surah al-Baqarah ayat 102 tentang dua orang malaikat bernama Harut dan Marut menjelma sebagai manusia di Babylon (Al-Baqarah : 102). Terdapat pelbagai tafsiran oleh para mufassirun. Ibn Kathir menceritakan antaranya riwayat oleh Kaab al-Ahbar bahawa dua malaikat itu diuji oleh Allah sewaktu menjadi manusia yg mempunyai nafsu dan akal. Ketika itu, mereka 'terbabas' seperti ramai manusia. Ini kerana kerana mereka (para malaikat) bertanya kepada Allah SWT kenapa Adam dicipta sedangkan malaikat sentiasa memujiNya sepanjang masa. Kisah itu dihikayatkan oleh para salaf sebagai kisah Bani Israil. Ibnul Jawzi menegaskan kisah ini palsu.
Ada pun, selain itu dakwaan malaikat buat salah adalah tiada asasnya. Malaikat juga tidak pernah melakukan u-turn.
Pernyataan seperti ini sukar untuk ditabrirkan seperti mana dahulu seorang tokoh ulama menyebut "Allah samseng... "
Semasa saya hadir temuduga KAGAT tahun 2002 di Kem Majidi, soalan eseinya bertanya apa pandangan anda tentang "Allah bersifat samseng"?... Payah untuk ditabrirkan!
Orang atas tolong berhati-hati bila bercakap, jenuh orang bawah justify... Bab ini, orang akan berpusing pada orang agama... "Apa hukumnya ustaz? ".
Jawapan saya, buku MEMAHAMI PROSES ISTINBAT HUKUM SYARAK mungkin banyak kelemahan tapi tidak mengajar buat salah dengan sengaja, apatah lagi u-turn!
Hapiz Kodiang #CelahGelegar
Appear First on Khabar Melayu
Demikianlah Artikel Malaikat TIDAK u-turn atau Flip-flop, Jangan Buat Perbandingan Bodoh
Sekianlah artikel Malaikat TIDAK u-turn atau Flip-flop, Jangan Buat Perbandingan Bodoh kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Malaikat TIDAK u-turn atau Flip-flop, Jangan Buat Perbandingan Bodoh dengan alamat link https://khabarmelayu.blogspot.com/2018/12/malaikat-tidak-u-turn-atau-flip-flop.html