Judul : [OO PATUTLAH] Ku Li 'ICERD boleh diterima' sambil merenjis Pengantin DAP
link : [OO PATUTLAH] Ku Li 'ICERD boleh diterima' sambil merenjis Pengantin DAP
[OO PATUTLAH] Ku Li 'ICERD boleh diterima' sambil merenjis Pengantin DAP
IPOH - “Saya rasa Icerd boleh kita terima, tetapi barangkali masa ini masih kena berikan penjelasan lanjut kepada rakyat,”
Itu reaksi Pengerusi Jemaah Penasihat Umno, Tunku Razaleigh Hamzah berhubung isu Konvensyen Mengenai Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Kaum (Icerd), yang menjadi bualan hangat hingga menyaksikan berlakunya Himpunan ICERD di ibu negara, semalam.
Tengku Razaleigh berkata, penjelasan lanjut mengenai ICERD sememangnya perlu dibuat agar tidak timbul salah faham dalam kalangan rakyat hari ini.
“Ada yang salah faham. ICERD bukan mengubah perlembagaan atau nak buang mana-mana perkara dalam perlembagaan kita. Saya tak fikir itu tujuannya.
“Kita tak dapat terima buat masa ini dan ada salah faham.
Baik kita jelaskan betul-betul kepada rakyat,” katanya.
Tengku Razaleigj berkata demikian ketika ditemui menghadiri majlis perkahwinan bekas calon DAP pada PRK Dun Teluk Intan 2014 lalu Dyana Sofya Mohd Daud, dan Adun Tanjung Bungah, Zairil Khir Johari di Grand Ballroom Kelab Golf Diraja Perak (RPGC) di sini, hari ini.
Mengulas isu penyatuan Melayu, Tengku Razaleigh menyifatkan perkara berkenaan adalah langkah yang baik namun penyatuan itu akan lebih baik sekiranya turut melibatkan pelbagai kaum di negara ini.
“Kita negara berbilang kaum. Kita tak boleh kata Melayu sahaja. Kena ajak mereka bersama tetapi kalau tujuan kita nak Melayu bersatu, bagus tapi lebih baik kita wujudkan perpaduan rakyat berbilang kaum.
“Suka tak suka kena hidup bersama. Kena bekerjasama.
Banyak hal kita kena bertolak ansur, tak boleh segalanya hak milik untuk kita sahaja. Kita berkongsi. Tengok, langit kita kongsi, bumi kita kongsi. Hidup kita kena kongsi,” katanya.
Appear First on Khabar Melayu
Demikianlah Artikel [OO PATUTLAH] Ku Li 'ICERD boleh diterima' sambil merenjis Pengantin DAP
Sekianlah artikel [OO PATUTLAH] Ku Li 'ICERD boleh diterima' sambil merenjis Pengantin DAP kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel [OO PATUTLAH] Ku Li 'ICERD boleh diterima' sambil merenjis Pengantin DAP dengan alamat link https://khabarmelayu.blogspot.com/2018/12/oo-patutlah-ku-li-icerd-boleh-diterima.html