Judul : (PENGIRAAN BETUL DI DEDAHKAN) Isu TH, pengiraan mesti pada nilai aset pasaran (Jangan Keliru)
link : (PENGIRAAN BETUL DI DEDAHKAN) Isu TH, pengiraan mesti pada nilai aset pasaran (Jangan Keliru)
(PENGIRAAN BETUL DI DEDAHKAN) Isu TH, pengiraan mesti pada nilai aset pasaran (Jangan Keliru)
Jika Melayu Islam bersatu, DAP sekuat Singa sekali pun kita boleh kalahkan |
Nilai realis aset adalah nilai pasaran semasa dan bukan nilai kos pelaburan asal
Untuk tahun 2017, nilai realis aset adalah RM74.7 b berbanding liabiliti termasuk bayaran hibah berjumlah RM74.4b yakni ada lebihan aset sebanyak rm373juta.
Untuk tahun 2016 pula, nilai realis aset adalah RM69.1 b berbanding liabiliti termasuk bayaran hibah berjumlah RM68.4 b yakni ada lebihan aset sebanyak RM701 juta
Untuk tahun 2015 , nilai realis aset adalah RM64.7b berbanding liabiliti termasuk bayaran hibah berjumlah RM63.3b yakni sda lebihan aset sebanyak RM1.4b
Maka Tabung Haji telah membayar hibah mengikut peruntukan seksyen 22(3)a dan tidak menyalahi sebarang undang-undang
Penyata kewangan yang dibentangkan ke parlimen setiap tahun belum mengambilkira semua aset pada nilai pasaran terkini kerana pelaburan dalam anak syarikat, syarikat usahasama, syarikat bersekutu dan hartanah masih dinyatakan pada nilai kos asal.
Penilaian yg di nyatakan oleh YBM semalam berbeza dari apa yang dibuat oleh TH , dimana beliau tidak mengambilkira nilai pasaran terkini SEMUA ASET maka itu yang membuat penilaian oleh beliau berlainan.
Apa yang dibuat oleh TH terdahulu adalah tidak salah kerana penilaian tersebut disahkan oleh tetuan audit luar yang sangat professional dan beretika.
Namun,
Seperti dijangka, cara untuk ‘selesaikan’ defisit RM4.1 bilion Tabung Haji (TH) yang didakwa oleh kerajaan PH terlebih bayar dividen untuk 4 tahun berturut-turut ialah dengan menjual aset.
Defisit ini tiba-tiba timbul apabila diaudit oleh firma PriceWaterhouse Coopers (PWC) yang baru dilantik. PWC juga ialah syarikat audit yang dilantik oleh Guan Eng untuk membuat audit khas ke atas 1MDB beberapa bulan sebelum ini.
Hasil audit PWC ke atas TH bercanggah dengan firma audit Ernst & Young yang selama ini mengesahkan aset TH lebih tinggi dari liabiliti mereka dan tidak timbul adanya defisit.
Syarikat Ernst & Young, yang merupakan antara 4 syarikat audit terbesar dan terkenal didunia - sama taraf dengan PWC.
Baru dilaporkan ialah TH akan menjual aset bernilai RM19.9 bilion pada nilai buku kepada sebuah syarikat tujuan khas (SPV) di bawah Kementerian Kewangan pimpinan Guan Eng.
Antara aset yang dijual kepada SPV di bawah Kementerian Kewangan pimpinan Guan Eng ini ialah hartanah yang mempunyai pulangan 2% setahun dan saham yang merosot 20% sejak dibeli oleh TH - bermakna kebanyakkan saham milik TH kerana Bursa Malaysia sudah turun dengan banyak selepas PRU14.
SPV ini akan membayar TH dengan menerbitkan sukuk 7 tahun bernilai RM10 bilion dan RM9.9 bilion dalam saham keutamaan boleh tebus Islam (RCPS-I).
TH akan pegang Sukuk dan RCPS-I yang bernilai RM19.9 bilion sehingga ditebus oleh SPV ini.
Sukuk ini hanya membayar dividen 5% setahun kepada TH manakala RCPS-I ini tidak ada dividen.
Ini bermakna TH hanya dibayar dividen 2.5% setahun oleh SPV ini untuk aset yang bernilai RM19.9 bilion ini.
Appear First on Khabar Melayu
Demikianlah Artikel (PENGIRAAN BETUL DI DEDAHKAN) Isu TH, pengiraan mesti pada nilai aset pasaran (Jangan Keliru)
Sekianlah artikel (PENGIRAAN BETUL DI DEDAHKAN) Isu TH, pengiraan mesti pada nilai aset pasaran (Jangan Keliru) kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel (PENGIRAAN BETUL DI DEDAHKAN) Isu TH, pengiraan mesti pada nilai aset pasaran (Jangan Keliru) dengan alamat link https://khabarmelayu.blogspot.com/2018/12/pengiraan-betul-di-dedahkan-isu-th.html