Judul : Rakyat perlu tahu sejarah pembentukan 'kontrak sosial' titah Sultan Selangor
link : Rakyat perlu tahu sejarah pembentukan 'kontrak sosial' titah Sultan Selangor
Rakyat perlu tahu sejarah pembentukan 'kontrak sosial' titah Sultan Selangor
Sultan Sharafuddin menegaskan, rakyat tidak boleh sama sekali melupakan asal-usul dan melihat kepada detik sejarah pembentukan negara ini.
"Rakyat di negara ini perlu tahu sejarah pembentukan 'kontrak sosial' iaitu satu bentuk persetujuan dan persefahaman antara pelbagai kaum di negara ini semasa negara kita mencapai kemerdekaan.
"Persefahaman yang dicapai ini adalah meliputi pelbagai aspek sosio-ekonomi dan taraf kerakyatan bagi pelbagai kaum di negara ini.
"Persetujuan melalui kontrak sosial ini kemudiannya menjadi teras dan elemen penting yang tercatat di dalam Perlembagaan Persekutuan," titah baginda.
Titah baginda, sesuatu pandangan yang ingin diberikan perlu dilakukan secara berhemah dan berperaturan tanpa perlu mempersoalkan apa yang telah dipersetujui dan termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.
Baginda bertitah, bagi membina sebuah negara ia memakan masa yang lama untuk dibentuk namun, boleh musnah dan hancur di dalam sekelip mata sahaja sekiranya tidak berhati-hati dan bermusuhan antara satu sama lain.
- K! ONLINE #CelahGelegar
Appear First on Khabar Melayu
Demikianlah Artikel Rakyat perlu tahu sejarah pembentukan 'kontrak sosial' titah Sultan Selangor
Sekianlah artikel Rakyat perlu tahu sejarah pembentukan 'kontrak sosial' titah Sultan Selangor kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Rakyat perlu tahu sejarah pembentukan 'kontrak sosial' titah Sultan Selangor dengan alamat link https://khabarmelayu.blogspot.com/2018/12/rakyat-perlu-tahu-sejarah-pembentukan.html