Judul : [TERKINI] Kepimpinan UMNO Sabah KELUAR PARTI beramai-beramai
link : [TERKINI] Kepimpinan UMNO Sabah KELUAR PARTI beramai-beramai
[TERKINI] Kepimpinan UMNO Sabah KELUAR PARTI beramai-beramai
KOTA KINABALU: Umno Sabah menyaksikan kepimpinannya bertindak keluar parti beramai-ramai apabila sembilan daripada 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Umno Sabah meninggalkan Umno.
Lima daripada enam ahli Parlimen dan dua senator juga merupakan antara yang keluar dari Umno pada Rabu.
Ahli Parlimen yang keluar dari Umno adalah:
- Abdul Rahim Bakri (Kudat),
- Datuk Azizah Mohd Dun (Beaufort),
- Yamani Hafez Musa (Sipitang),
- Datuk Ronald Kiandee (Beluran) dan
- Datuk Zakaria Mohd Edris (Libaran).
Sementara itu, Adun yang keluar parti pula adalah:
- Datuk Musbah Jamli (Tempasuk),
- Datuk Japlin Akin (Usukan),
- Datuk Hajiji Mohd Noor,
- Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar (Kawang),
- Datuk Mohd Arifin Mohd Arif (Membakut),
- Datuk Isnin Aliasnih (Klias),
- Datuk Matbali Musbah (Lumadan),
- Datuk Seri Masidi Manjun (Karanaan) dan
- Datuk Nizam Abu Bakar Titingan (Apas).
Dua senator dari Umno Sabah pula ialah:
- Datuk John Ambrose dan
- Datuk Ghani Yassin.
Hanya Adun Sungai Sibuga, Tan Sri Musa Aman dan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar yang TIDAK mengikut langkah itu.
Seramai 21 daripada 25 ketua bahagian turut keluar parti mengikut jejak Hajiji yang merupakan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah, dan dijangka lebih separuh daripada 500,000 ahli yang berdaftar turut mengikut langkah tersebut.
Walaupun Hajiji dan Masidi yang merupakan Setiausaha Badan Perhubungan Umno Sabah, mengetuai sidang media berkenaan tidak menunjukkan langkah mereka seterusnya, tetapi antara mereka akan menubuhkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah, manakala yang lain bersama Parti Warisan Sabah, atau mana-mana rakan sekutu Pakatan Harapan.
Dua ahli majlis tertinggi Bersatu, Datuk Dr Rais Hussin Mohamed Ariff dan Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen hadir pada sidang media.
Ditanya mengenai tujuan kehadiran mereka, Mohd Rafiq berkata, ia sekadar 'kebetulan' apabila mereka menghadiri program di Kota Kinabalu ketika majlis tersebut berlangsung.
Hajiji berkata, beliau tidak dapat bercakap bagi pihak Musa mengenai hala tuju parti itu, manakala mengenai Bung, beliau berkata, tiada sesiapa pun yang dipaksa. - The Star #CelahGelegar
Appear First on Khabar Melayu
Demikianlah Artikel [TERKINI] Kepimpinan UMNO Sabah KELUAR PARTI beramai-beramai
Sekianlah artikel [TERKINI] Kepimpinan UMNO Sabah KELUAR PARTI beramai-beramai kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel [TERKINI] Kepimpinan UMNO Sabah KELUAR PARTI beramai-beramai dengan alamat link https://khabarmelayu.blogspot.com/2018/12/terkini-kepimpinan-umno-sabah-keluar.html