Judul : [TERSERLAH] Tun M DISELAR Pemimpin DAP kerana bawa Masuk MP Melayu Islam dalam PH
link : [TERSERLAH] Tun M DISELAR Pemimpin DAP kerana bawa Masuk MP Melayu Islam dalam PH
[TERSERLAH] Tun M DISELAR Pemimpin DAP kerana bawa Masuk MP Melayu Islam dalam PH
Petikan daripada Roketkini.com
Pengerusi Biro Undang-undang DAP, Ramkarpal Singh menyatakan tindakan Tun Mahathir menerima bekas pemimpin UMNO menyertai komponen Pakatan Harapan (PH) akan menjejaskan keyakinan rakyat terhadap komitmen gabungan parti pemerintah itu untuk melaksanakan agenda reformasi dan perubahan.
Kata Ramkarpal Singh, tindakan itu juga membelakangi hasrat rakyat yang mengundi PH bagi menghantar UMNO-Barisan Nasional (BN) ke bangku pembangkang.
“Lagi PH layan pihak-pihak yang melompat ini, lagi bertambah kecewa rakyat terhadap PH.
“PH tidak memerlukan bekas wakil rakyat UMNO. Ia perlukan lebih ramai lelaki dan wanita yang berpegang kepada prinsip bagi meneruskan agenda murni reformasi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
(agenda reformasi atau demi menjayakan agenda DAP menghapuskan Bumiputera dan beri hak sama rata seperti dinyatakan dalam Deklarasi Setapak DAP?)
Beliau berkata demikian mengulas laporan media mengenai pemimpin UMNO keluar parti bagi menyatakan sokongan terhadap kepimpinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Semalam, media melaporkan hampir semua pemimpin UMNO Sabah bertindak keluar parti sementara hari ini, bekas Ketua Puteri Wanita UMNO, Mas Ermieyati Samsudin mengumumkan menyertai Bersatu selepas hampir enam bulan menjadi wakil rakyat bebas.
Mengulas lanjut, Ramkarpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor berkata Dr Mahathir harus menangani rasa tidak puas hati rakyat terhadap tindakan PH menerima penyertaan bekas wakil rakyat UMNO.
“Untuk menerima mereka menyertai PH sekarang merupakan satu pengkhianatan terhadap rakyat yang mahukan perubahan sebenar.
“Saya tertanya-tanya jika PH ditakdirkan kalah pada pilihan raya seterusnya, adakah wakil rakyat kita akan melakukan perkara serupa dan dengan mudah melompat ke pihak lawan?” soalnya.
Sementara itu, Ahli Jawatankuasa DAP Selangor Ronnie Liu merujuk kenyataan Dr Mahathir yang juga Pengerusi Bersatu yang mengelar pemimpin UMNO sebagai ‘tidak berguna’ dan ‘sampah’ pada mesyuarat sebelum PRU14.
“Jika mereka sampah yang tidak berguna, saya sangat berharap yang anda tidak jadi pengutip sampah dan terima mereka masuk Bersatu,” kata Ronnie yang juga Adun Sungai Pelek seperti dilapor media. – Roketkini.com #CelahGelegar
Papagomo DEDAH, Selepas SABAH,Semenanjung pula sebab TIDAK setuju Pakatan "ZAHID-ANWAR-DAP'
Adakah benar teori konspirasi Papagomo bahawa tindakan Tun M bakal menggagalkan pakatan sulit "Zahid-Anwar-DAP"?
Appear First on Khabar Melayu
Demikianlah Artikel [TERSERLAH] Tun M DISELAR Pemimpin DAP kerana bawa Masuk MP Melayu Islam dalam PH
Sekianlah artikel [TERSERLAH] Tun M DISELAR Pemimpin DAP kerana bawa Masuk MP Melayu Islam dalam PH kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel [TERSERLAH] Tun M DISELAR Pemimpin DAP kerana bawa Masuk MP Melayu Islam dalam PH dengan alamat link https://khabarmelayu.blogspot.com/2018/12/terserlah-tun-m-diselar-pemimpin-dap.html