Judul : Beras Tesco disahkan bukan beras plastik seperti didakwa
link : Beras Tesco disahkan bukan beras plastik seperti didakwa
Beras Tesco disahkan bukan beras plastik seperti didakwa
Tiada beras tiruan dipasarkan di negeri ini seperti didakwa seorang pengguna sehingga tular di media sosial sejak 6 Jun lalu.
Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Johor Khairul Anuar Bachok berkata, siasatan pihaknya mendapati perkara itu tidak benar dan lebih kepada salah faham.
Katanya, baru-baru ini, seorang lelaki mendakwa membeli beras jenis Beras Wangi Siam lima kilogram jenama Tesco disyaki beras plastik pada harga RM21.85
“Dakwaan itu menimbulkan pelbagai reaksi serta keresahan dalam kalangan masyarakat negeri ini selepas tular di media sosial. Susulan itu, kami menjalankan siasatan pada 7 Jun lalu ke atas Tesco Kulai dan merakam percakapan pengurus cawangan dan penjaga stor.
“Kami juga memperoleh maklumat serta dokumen berkaitan punca beras itu dibungkus selain sampel beras jenama sama diambil untuk dianalisis,” katanya pada sidang media di pejabat KPDNKK, di sini, semalam.
Turut hadir, Pengarah Penguat Kuasa KPDNKK Johor Aris Mamat.
Menurut Khairul, hasil laporan diperoleh daripada Jabatan Kimia mendapati sampel beras dihantar itu beras asli dan bukannya beras plastik seperti yang didakwa.
“KPDNKK menolak dakwaan wujud beras plastik di pasaran negeri ini, sekali gus pengguna tidak perlu resah terhadap beras disyaki dihasilkan daripada plastik,” katanya.
Sebelum ini, tular media sosial apabila seorang lelaki membuat laporan polis selepas mendapati beras dibelinya sukar dikunyah selain berbau plastik apabila dibakar.
Pesara, P Bhaskaran, 61, membuat laporan polis apabila curiga dengan beras dibelinya itu tetapi pada masa sama menafikan dia menularkannya di media sosial.
Bhaskaran dalam laporannya mendakwa pergi ke Tesco Kulai akhir bulan lalu untuk membeli Beras Wangi Siam AA seberat lima kilogram pada harga RM21.85.
Namun, dakwanya, selepas memasak beras berkenaan, dia mendapati ia tidak boleh dikunyah dan mengesyaki ia beras tiruan.
Pada masa sama, KPDNKK turut menerima satu aduan berkenaan dakwaan sama di Pontian pada April lalu.
Sumber: Harian Metro
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2t1ma91
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear First on Khabar Melayu
Demikianlah Artikel Beras Tesco disahkan bukan beras plastik seperti didakwa
Anda sekarang membaca artikel Beras Tesco disahkan bukan beras plastik seperti didakwa dengan alamat link https://khabarmelayu.blogspot.com/2017/06/beras-tesco-disahkan-bukan-beras_76.html