Chinlone Berpotensi Sumbang Emas Pertama Sukan SEA KL2017

Chinlone Berpotensi Sumbang Emas Pertama Sukan SEA KL2017 - Hallo sahabat KHABAR MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Chinlone Berpotensi Sumbang Emas Pertama Sukan SEA KL2017, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Chinlone Berpotensi Sumbang Emas Pertama Sukan SEA KL2017
link : Chinlone Berpotensi Sumbang Emas Pertama Sukan SEA KL2017

Baca juga


Chinlone Berpotensi Sumbang Emas Pertama Sukan SEA KL2017

KUALA LUMPUR – Sukan sepak takraw boleh menjadi penyumbang pingat emas pertama negara di Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur 2017, sekiranya chinlone menepati sasaran yang ditetapkan Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM).

Selain chinlone, acara memanah turut menjadi pertaruhan kontinjen negara untuk menyumbang emas pertama menerusi acara compound individu lelaki dan wanita, yang kedua-dua acara sukan itu akan berlangsung pada 16 Ogos, sebelum temasya dibuka secara rasmi.

Pengurus skuad chinlone, Wan Mohd Husni Abdullah berkata berdasarkan prestasi semasa dan latihan intensif ketika berguru di Myanmar, bulan lepas, acara chinlone kategori ‘linking event’ menjadi sandaran skuad negara untuk memburu emas pertama.

“Pasukan kita juga telah muncul juara dalam satu kejohanan semasa berada di Myanmar iaitu menerusi acara chinlone – ‘linking event’. Kategori inilah yang akan menjadi sandaran kita untuk pingat emas nanti.

“Kalau ‘linking event’ ini kami dapat pingat emas, sukan sepaktakraw akan jadi penyumbang emas pertama negara jika tiada apa-apa halangan,” katanya kepada pemberita pada sidang media program ‘Kita Juara’ skuad sepak takraw di Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil, hari ini.

Selain ‘linking event’, chinlone menawarkan tiga lagi pingat emas dalam kategori ‘non-repetition event (primary level)’, ‘same stroke event’ dan ‘non-repetition event (secondary level).

Sementara itu, atlet chinlone kebangsaan, Ab Muhaime Che Bongsu mengakui harapan rakyat Malaysia yang meletakkan sasaran emas pertama dari acara berkenaan, sedikit memberi tekanan kepada beliau dan rakan-rakan.

Katanya, skuad chinlone yang terdiri daripada pemain muda belum pernah merasai suasana sebenar pada hari pertandingan.

“Namun bagi event 3 (linking), saya rasa harapan meraih emas itu sangat cerah, kerana saingan utama Myanmar tidak sertai dan kita hanya hadapi tentangan dari Kemboja dan Singapura,” katanya.

Sukan SEA kali ini membenarkan tuan rumah Malaysia untuk mengambil bahagian dalam kesemua empat kategori chinlone manakala negara lain hanya dibenarkan menyertai dua kategori sahaja.

Kuasa utama chinlone, Myanmar hanya menyertai kategori ‘same stroke event’ dan ‘non-repetition event (secondary level)’. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2srR4KH

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear First on Khabar Melayu


Demikianlah Artikel Chinlone Berpotensi Sumbang Emas Pertama Sukan SEA KL2017

Sekianlah artikel Chinlone Berpotensi Sumbang Emas Pertama Sukan SEA KL2017 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Chinlone Berpotensi Sumbang Emas Pertama Sukan SEA KL2017 dengan alamat link https://khabarmelayu.blogspot.com/2017/06/chinlone-berpotensi-sumbang-emas.html

Subscribe to receive free email updates: