Judul : Empat 'Datuk' antara enam individu ditahan SPRM
link : Empat 'Datuk' antara enam individu ditahan SPRM
Empat 'Datuk' antara enam individu ditahan SPRM
MALAYSIAKINIEnam individu termasuk empat bergelar 'Datuk' ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam kerana disyaki terlibat dalam rasuah dan salah guna kuasa melibatkan koperasi sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang mendaftar peminjam di bawah naungan mereka dalam sebuah syarikat jualan langsung (MLM).
SPRM dalam kenyataannya menyatakan mereka yang ditahan adalah pengerusi, setiausaha, bendahari, seorang anggota lembaga koperasi dan isterinya selain seorang individu daripada syarikat pembekal.
"Kesemua suspek disyaki memperdaya tidak kurang daripada 450 anggota koperasi di bawah naungan mereka, yang menghasilkan komisyen ratusan ribu ringgit bagi anggota-anggota lembaga berkenaan.
"Anggota-anggota koperasi tidak mengetahui yang mereka meminjam dan kemudian melabur dalam syarikat MLM itu, yang didaftarkan di bawah naungan ahli-ahli lembaga berkenaan," kata SPRM.
Bagaimanapun, SPRM tidak menyatakan lokasi, masa dan umur kesemua suspek yang ditahan.
Menurut SPRM kesemua yang ditahan itu juga disyaki menyalah guna kuasa dengan berpakat dengan seorang individu sebuah syarikat pembekal barang-barang keperluan pengguna bagi membolehkan koperasi berkenaan membeli dahulu barangan daripada syarikat pembekal sebelum menjual semula kepada syarikat pembekal yang sama.
"Transaksi ini berlaku hanya di atas kertas sahaja. Apabila anggota koperasi mahu membeli barangan itu, mereka perlu membuat pinjaman koperasi dan syarikat pembekal akan menjual barangan kepada anggota berkenaan.
"Kemudian pihak pembekal akan mengeluarkan invois tuntutan bayaran kepada koperasi berkenaan," menurut kenyataan SPRM itu.
SPRM menyatakan rasuah disyaki berlaku apabila syarikat pembekal menjual pada harga tinggi kepada koperasi dan syarikat itu menggunakan sebahagian daripada keuntungan untuk membayar kepada ahli-ahli lembaga koperasi yang terlibat.
SPRM dijangka memohon perintah reman terhadap enam individu itu hari ini.
Semasa dihubungi, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki mengesahkan tangkapan itu namun enggan mengulas lanjut.- Bernama

Appear First on Khabar Melayu
Demikianlah Artikel Empat 'Datuk' antara enam individu ditahan SPRM
Sekianlah artikel Empat 'Datuk' antara enam individu ditahan SPRM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Empat 'Datuk' antara enam individu ditahan SPRM dengan alamat link https://khabarmelayu.blogspot.com/2017/06/empat-datuk-antara-enam-individu.html