Judul : PM: PAS tak calonkan sesiapa
link : PM: PAS tak calonkan sesiapa
PM: PAS tak calonkan sesiapa
ANTARAPOS.COMSHAH ALAM: PAS tidak menamakan sesiapa sebagai calon perdana menteri walaupun parti lain sedang sibuk membincangkan isu itu.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, beliau mengikuti perbincangan hangat dalam kalangan semua parti yang sedang berjuang menghadapi PRU14 yang begitu galak menamakan calon perdana menteri, kecuali PAS.
Katanya secara sinis, dahulu ada pemimpin jadian dalam PAS juga berwirid dengan nada yang sama, sekarang sudah meninggalkan PAS.
“Semua pihak berasa hairan mengapa PAS diam membisu? Adapun ahli dan penyokong PAS yang sangat setia sanggup tidak berpeluh dan berpecah kepala bertanya siapa calonnya sama ada jawatan penghulu kampung, ADUN, parlimen dan jauh sekali siapa calon perdana menteri,” katanya dalam kenyataan, semalam.
Abdul Hadi berkata, persoalan siapa pilihan perdana menteri PAS juga pernah ditanya oleh Duta Amerika Syarikat (AS) kepada beliau.
"Ketika PRU13 dahulu, Duta Amerika minta mahu bertemu saya, setelah dia membatalkan kesediaannya untuk datang ke Pejabat PAS, saya pula dijemput ke rumahnya.
"Dengan rasa kehairanan, saya pergi ditemani Datuk Mustafa Ali dan Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, setiausaha politik saya. Duta bersama dua pegawai, katanya salah seorang daripadanya datang dari AS," katanya.
Pada pertemuan itu, beliau menjangka akan ditanya mengenai hudud yang biasanya dijadikan senjata menghina Islam, rupanya perbualan politik secara umum khususnya PRU.
"Apabila saya bertanya, mengapa AS bersama kerajaan diktator di beberapa negara Islam sehingga kalau parti Islam menang dibatalkannya dengan kuasa tentera dan ada juga negara Islam yang tidak ada pilihan raya, padahal AS adalah negara besar yang paling lantang mendokong demokrasi. Dia menjawab bahawa polisi AS tidak mencampuri urusan dalaman negara lain.
“Akhirnya, dia bertanya saya: 'Siapakah PAS calonkan jadi perdana menteri Malaysia kalau menang PRU?' Saya menjawab secara spontan: 'Siapakah calon yang dipersetujui oleh AS?'. Mereka semua ketawa besar, kemudian terdiam,” katanya.
Jelasnya, PAS menyambung perjuangan Islam yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW mengikut al-Quran dan Sunnah serta diriwayatkan oleh para ulama dalam kitab-kitab yang banyak.
Beliau turut memetik dua buah hadis iaitu 'Demi ALLAH! Aku tidak melantik orang yang meminta jawatan atau rakus mahukan jawatan' dan 'Di antara kemusnahan umatku di akhir zaman apabila jawatan menjadi pemimpin dianggap peluang untuk diri, keluarga dan kroni.'
Appear First on Khabar Melayu
Demikianlah Artikel PM: PAS tak calonkan sesiapa
Sekianlah artikel PM: PAS tak calonkan sesiapa kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel PM: PAS tak calonkan sesiapa dengan alamat link https://khabarmelayu.blogspot.com/2017/06/pm-pas-tak-calonkan-sesiapa.html