Gadis Dirogol Rakan Dikenali Melalui Facebook Beberapa Kali Ketika Berjumpa Buat Pertama Kali

Gadis Dirogol Rakan Dikenali Melalui Facebook Beberapa Kali Ketika Berjumpa Buat Pertama Kali - Hallo sahabat KHABAR MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Gadis Dirogol Rakan Dikenali Melalui Facebook Beberapa Kali Ketika Berjumpa Buat Pertama Kali, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Gadis Dirogol Rakan Dikenali Melalui Facebook Beberapa Kali Ketika Berjumpa Buat Pertama Kali
link : Gadis Dirogol Rakan Dikenali Melalui Facebook Beberapa Kali Ketika Berjumpa Buat Pertama Kali

Baca juga


Gadis Dirogol Rakan Dikenali Melalui Facebook Beberapa Kali Ketika Berjumpa Buat Pertama Kali

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:

Media sosial memudahkan ramai orang untuk berjumpa dengan kawan yang baru. Hanya dengan satu klik, kita terus menjadi ‘kawan’. Ada persahabatan menjadi di dunia realiti dan ada juga yang hanya kenal di media sosial sahaja.



Tapi, pastikan anda sentiasa berwaspada jika mahu bertemu dengan rakan yang dikenali melalui atas talian kerana malang tidak berbau!

Gambar hiasan

Seorang wanita dari Malaysia merancang untuk bertemu dengan rakan di Singapura yang dikenalinya melalui Facebook tetapi keputusan itu menjadi satu kenangan hitam dalam hidupnya.

‘Rakan’ yang dikenalinya itu bernama Yap Jun Cheng, seorang penganggur berusia 26 tahun telah dijatuhi hukuman penjara 14 tahun dan 22 sebatan pada Jun 2013 kerana tiga pertuduhan seksual yang dilakukan pada Mac 2013.

Menurut Straits Times, Yap mula mendekati gadis berusia 20 tahun itu pada tahun 2011 dan mereka berbual sekali sekala namun tidak pernah berjumpa. Pada Februari 2013, gadis itu mahu ke Singapura untuk mencari kerja jadi dia meminta bantuan Yap untuk menunjukkan sekitar kawasan di situ.

Gambar hiasan

Bagaimanapun, ketika berjumpa buat pertama kali di Stesen MRT Paya Lebar, lelaki itu memberitahu bahawa dia perlu pulang ke rumah untuk menukar pakaian seragamnya yang berkhidmat di Pasukan Pertahanan Awam Singapura.



Ketika tiba di rumah, gadis itu menegur nenek lelaki berkenaan dan menunggunya di ruang tamu sementara dia mandi. Namun, gadis berkenaan terkejut selepas mendapati Yap keluar dari bilik mandi dan tidak bersiap untuk keluar. Sebaliknya, lelaki itu beria-ia mahu menunjukkan biliknya kepada gadis berkenaan dengan menariknya masuk.

Dia kemudian mengunci pintu dan memberitahu gadis itu bahawa dia menyukainya dan memintanya untuk memutuskan hubungan dengan teman lelakinya pada ketika itu. Yap turut memberitahu bahawa dia akan membantu gadis itu dari segi kewangan.

Menurut World of Buzz, gadis itu enggan menuruti permintaannya dan menolak lelaki berkenaan, sambil mencuba untuk membuka pintu tetapi Yap menariknya jauh dari pintu. Pergelutan itu berlaku hingga menyebabkan tombol pintu tercabut dan gadis berkenaan terperangkap di dalam bilik itu.

Gambar hiasan

Gadis itu yang ketakutan kemudian cuba menjerit meminta tolong dengan harapan nenek Yap akan mendengar jeritan tersebut, tetapi malangnya tiada respon yang diterima.

Yap kemudian menutup mulut gadis itu dengan pita pelekat berwarna kuning dan mencabulnya. Selepas itu, dia memaksa mangsa baring di atas katil dan merogolnya sambil memberitahu bahawa dia suka dan mahu membuktikan betapa sayangnya dia kepada gadis berkenaan. 



Yap turut mengugut untuk membunuhnya. Takut dengan keselamatan dirinya, mangsa mematuhi segala perbuatan yang menjatuhkan maruahnya. Lelaki itu juga memaksa mangsa untuk melakukan seks oral ke atasnya.

Selepas merogol, Yap membuka pintu dan neneknya muncul. Namun, mangsa berdiam diri kerana takut lelaki itu bertindak kasar terhadapnya. Mangsa cuba untuk keluar dari rumah itu tetapi Yap menyuruhnya masak dalam keadaan separuh bogel.

Gambar hiasan

Dia hanya membenarkan gadis itu berpakaian selepas mangsa hampir melecur kerana minyak panas. Menurut Timbalan Pendakwa Raya Davis Khoo,

Dia berhenti memasak apabila dia terasa loya kerana masalah gastrik mula datang, dan memberitahu tertuduh bahawa dia hanya boleh mengambil ubat gastrik selepas dia makan. Tertuduh kemudian bersetuju untuk membawa dia keluar untuk makan dan mangsa mula merasakan bahawa dia mempunyai beberapa harapan untuk meninggalkan pangsapuri itu dalam keadaan masih hidup.”

Namun pengalaman hitamnya tidak berhenti di situ apabila Yap sekali lagi merogolnya di ruang tamu sebelum membawanya ke sebuah medan selera di Bedok.

Mereka berpisah di Stesen MRT Boon Lay dan Yap berkeras untuk menemaninya ke tempat itu. Mangsa kemudian pulang ke Malaysia dan saudara yang menjemputnya menyedari keadaan mangsa yang pucat dan ketakutan.

Gambar hiasan

Mangsa kemudian menceritakan pengalaman pahitnya bersama lelaki itu dan mereka kembali ke Singapura untuk membuat laporan polis. Yap mengaku bersalah di mahkamah dan peguamnya meminta hukuman diringankan kerana kejadian itu bukanlah dirancang tetapi tertuduh ‘terikut-ikut nafsunya’ selepas mandi dan menyesali perbuatannya pada hari yang sama.

Janganlah mudah percaya dengan manusia zaman sekarang ni. Berwaspada lah seeloknya..

Baca: Gadis 17 Tahun Dirogol Bergilir-gilir Oleh Teman Lelaki dan Lima Rakan di Pasir Mas, Kelantan

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sn4dDX

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear First on Khabar Melayu


Demikianlah Artikel Gadis Dirogol Rakan Dikenali Melalui Facebook Beberapa Kali Ketika Berjumpa Buat Pertama Kali

Sekianlah artikel Gadis Dirogol Rakan Dikenali Melalui Facebook Beberapa Kali Ketika Berjumpa Buat Pertama Kali kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Gadis Dirogol Rakan Dikenali Melalui Facebook Beberapa Kali Ketika Berjumpa Buat Pertama Kali dengan alamat link https://khabarmelayu.blogspot.com/2017/06/gadis-dirogol-rakan-dikenali-melalui.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :