Op Selamat 11 sempena Aidilfitri dilancarkan

Op Selamat 11 sempena Aidilfitri dilancarkan - Hallo sahabat KHABAR MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Op Selamat 11 sempena Aidilfitri dilancarkan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Op Selamat 11 sempena Aidilfitri dilancarkan
link : Op Selamat 11 sempena Aidilfitri dilancarkan

Baca juga


Op Selamat 11 sempena Aidilfitri dilancarkan

KUALA LUMPUR: Op Selamat 11 sempena musim perayaan Aidilfitri tahun ini dilancarkan.

Berlangsung selama 15 hari bermula 18 Jun hingga 2 Julai, ia mengekalkan fokus terhadap usaha mengurangkan kadar jenayah pecah rumah dan kemalangan jalan raya dengan tema ‘Rumah Selamat, Selamat Sampai Ke Destinasi.’

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, ia merupakan usaha berterusan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dalam menjalankan penguatkuasaan selain daripada kempen kesedaran orang ramai terhadap penekanan pemanduan selamat dan keselamatan sebelum meninggalkan rumah.

Namun, beliau agak kecewa kerana 20 tahun sejak Op Selamat pertama dilancarkan, ia masih tidak menunjukkan impak yang benar-benar positif.

Jelasnya, semua usaha pihak berkuasa hanya sia-sia jika masyarakat masih tidak sedar dan menitik beratkan keselamatan untuk mengubah perkara itu.

“Saya susah hati. Di Malaysia sekarang ini untuk satu tahun, jumlah kematian di jalan raya telah mencecah 7,000 orang.

“Daripada analisis kami, boleh kata 95 peratus daripada kemalangan berpunca daripada kecuaian pemandu sendiri. Itu lah sebabnya kita tak jemu-jemu jalankan kempen ini," katanya selepas melancarkan Op Selamat 11 di sini hari ini.

Tahun lepas, Op Selamat 9 mencatat 20,982 kes kemalangan, menyaksikan peningkatan 524 kes atau 2.6 peratus berbanding tahun 2015.

Bagaimanapun kes kemalangan maut menurun 30 kes daripada 303 kes kepada 273, dan jumlah kematian juga menurun 31 kes daripada 330 kepada 299 kematian.

Pada masa sama, beliau turut mengingatkan orang ramai yang pulang beraya di kampung halaman supaya meninggalkan kediaman masing-masing dalam keadaan yang telah dipastikan keselamatannya.

Kini orang ramai memiliki kemudahan untuk menghantar Borang Maklumat Balik Kampung menerusi aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) tanpa perlu ke balai polis berhampiran, dan ia perlu dimanfaatkan sebaiknya.

“Tahun lepas, lebih kurang 100,000 ribu pemilik rumah yang hantar borang kepada kita, sedikit peningkatan iaitu tiga peratus berbanding tahun sebelumnya.

“Lebih mudah isi borang menerusi aplikasi ini supaya kita boleh aturkan rondaan di kawasan rumah yang mendaftar,” katanya.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2snouJv

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear First on Khabar Melayu


Demikianlah Artikel Op Selamat 11 sempena Aidilfitri dilancarkan

Sekianlah artikel Op Selamat 11 sempena Aidilfitri dilancarkan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Op Selamat 11 sempena Aidilfitri dilancarkan dengan alamat link https://khabarmelayu.blogspot.com/2017/06/op-selamat-11-sempena-aidilfitri.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :