Isu FGV: Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Malaysia perlu bertindak - Azwan Bro

Isu FGV: Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Malaysia perlu bertindak - Azwan Bro - Hallo sahabat KHABAR MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Isu FGV: Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Malaysia perlu bertindak - Azwan Bro, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Isu FGV: Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Malaysia perlu bertindak - Azwan Bro
link : Isu FGV: Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Malaysia perlu bertindak - Azwan Bro

Baca juga


Isu FGV: Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Malaysia perlu bertindak - Azwan Bro

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Malaysia sepatutnya menjalankan siasatan bagi mengenal pasti fakta kes kemelut Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV).

Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun berkata, langkah seterusnya ialah mengambil tindakan segera sekiranya didapati wujud unsur-unsur yang menyalahi undang-undang sedia ada.

"Pemuda UMNO memandang serius akan masalah dalaman yang dihadapi oleh FGV.

"Pemuda UMNO merasakan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Malaysia mempunyai peranan besar untuk mengawal selia dan memantau tadbir urus syarikat-syarikat awam tersenarai.

"Ia sekali gus langkah memelihara kepentingan pemegang-pemegang saham awam terutama kumpulan minoriti," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

BACA: FGV beri surat tunjuk sebab kepada CEO, CFO

BACA: Kemelut FGV: Ku Li cadang Isa digantung tugas

Pada Rabu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, laporan berkaitan situasi yang dihadapi FGV sudah siap namun kerajaan masih lagi dalam proses meneliti fakta dalam isu tersebut.

Jelasnya, Datuk Seri Idris Jala sudah diminta untuk meneliti pilihan bagi mencari jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah itu dan ia akan diumumkan pada masa yang sesuai.

Sebelum ini, Lembaga Pengarah FGV telah mengeluarkan dan menyerahkan surat tunjuk sebab kepada Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan, Datuk Zakaria Arshad dan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan (CFO), Ahmad Tifli Mohd Talha berhubung hutang tertunggak Safitex Trading LLC dengan Delima Oil Products Sdn Bhd.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, FGV berkata Zakaria dan Ahmad Tifli turut diberi tempoh selama tujuh hari bermula Selasa untuk mengemukakan jawapan bertulis membabitkan dakwaan yang disenaraikan dalam surat tunjuk sebab berkenaan.

Pada minggu lepas, Lembaga Pengarah itu mengarahkan empat pegawai kanannya untuk bercuti berkuat kuasa serta-merta bagi membolehkan siasatan audit dalaman melibatkan tunggakan bayaran Safitex kepada Delima Oil Products yang juga anak syarikat FGV.

Selain Zakaria dan Ahmad Tifli, dua lagi eksekutif yang turut diarah bercuti adalah Pengurus Besar Kanan Delima Oil Products, Kamarzaman Abd Karim dan CEO FGV Trading, Ahmad Salman Omar.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2samz8Q

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear First on Khabar Melayu


Demikianlah Artikel Isu FGV: Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Malaysia perlu bertindak - Azwan Bro

Sekianlah artikel Isu FGV: Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Malaysia perlu bertindak - Azwan Bro kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Isu FGV: Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Malaysia perlu bertindak - Azwan Bro dengan alamat link https://khabarmelayu.blogspot.com/2017/06/isu-fgv-suruhanjaya-sekuriti-dan-bursa.html

Subscribe to receive free email updates: