KERAJAAN KEDAH NAFI BERI BONUS TIGA BULAN GAJI

KERAJAAN KEDAH NAFI BERI BONUS TIGA BULAN GAJI - Hallo sahabat KHABAR MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul KERAJAAN KEDAH NAFI BERI BONUS TIGA BULAN GAJI, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : KERAJAAN KEDAH NAFI BERI BONUS TIGA BULAN GAJI
link : KERAJAAN KEDAH NAFI BERI BONUS TIGA BULAN GAJI

Baca juga


KERAJAAN KEDAH NAFI BERI BONUS TIGA BULAN GAJI

ALOR  SETAR: Kerajaan Kedah menafikan pemberian bonus tiga bulan gaji bersempena Hari Raya Aidilfitri kepada 5,000 penjawat awam negeri ini seperti yang tular di media sosial sejak Sabtu.

Menteri Besarnya, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah menyifatkan penyebaran kenyataan itu sebagai tidak bertanggungjawab dan ia tidak lebih untuk memburukkan imej kerajaan negeri yang dipimpinnya.

“Ini tak logik dan tak rasional langsung. Negeri lain pun tak bagi, Selangor pun dua bulan setengah. Mereka yang buat kenyataan ini tidak patut buat dalam bulan puasa ni, Tidak pernah berlaku pun dalam sejarah di Kedah ini (bagi tiga bulan bonus),” katanya kepada pemberita pada program Ihya Ramadan buat balu, anak yatim dan anak istimewa warga polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, di sini, Ahad.

Seramai 109 balu, 75 anak yatim dan 36 anak istimewa menerima bungkusan hamper makanan dan duit raya yang disumbangkan Pejabat Menteri Besar Kedah.
Sementara itu, Ahmad Bashah berkata, setakat ini kerajaan negeri bersetuju memberi bonus RM500 kepada penjawat awam negeri yang akan diumumkan secara rasmi selepas mesyuarat Exco pada 14 Jun ini.

“Kita akan ikut apa yang diumumkan kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri akan ikut RM500 dan juga pesara RM250. Apa pun perincian, kita akan umum lepas mesyuarat exco akan datang dan pembayaran akan dibuat sebelum Syawal.

“Kerajaan negeri juga memperuntukkan RM2.4 juta bagi menyediakan bantuan hari Raya kepada tok mudim kampung, guru Al-Quran , tukang mandi jenazah, dan bidan kampung,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan negeri akan meraikan mereka dalam satu majlis berbuka puasa dan setiap daripada mereka akan menerima sumbangan RM200 seorang.

– Bernama

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sScZYg

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear First on Khabar Melayu


Demikianlah Artikel KERAJAAN KEDAH NAFI BERI BONUS TIGA BULAN GAJI

Sekianlah artikel KERAJAAN KEDAH NAFI BERI BONUS TIGA BULAN GAJI kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel KERAJAAN KEDAH NAFI BERI BONUS TIGA BULAN GAJI dengan alamat link https://khabarmelayu.blogspot.com/2017/06/kerajaan-kedah-nafi-beri-bonus-tiga_12.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :