Judul : DUN IJOK KEKAL CALON MIC
link : DUN IJOK KEKAL CALON MIC
DUN IJOK KEKAL CALON MIC
IJOK – MIC akan tetap mempertahankan kuota kerusi bagi Dun Ijok dan meletakkan calon sesuai bagi memenangkan kawasan itu pada pilihanraya akan datang.
Presiden MIC, Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata, pihaknya tidak akan berunding jika wujud cadangan meletakkan calon sayap parti lain dan akan mempertahankan kerusi itu untuk calon MIC.
Menurutnya, sudah menjadi hasrat MIC untuk memastikan kemenangan dapat dicapai di Ijok memandangkan dua siri kekalahan di kawasan itu pada pilihanraya terdahulu.
“Sudah menjadi hasrat kami untuk menang dan buat yang terbaik bagi memastikan kerusi Dun Ijok dapat dirampas semula…soal calon, saya akan bincang dengan pucuk pimpinan.
“Samada calon muka baru atau lama, itu akan diputuskan pucuk pimpinan dan sekarang ini, kita kena kerja kuat untuk pastikan kerusi Dun Ijok dimenangi calon MIC,” katanya.
Subramaniam yang juga Menteri Kesihatan itu turut memandang serius suara akar umbi dan meneliti hasrat Pengerusi BN Kuala Selangor yang disampaikan sebelum ini.
“Saya sedia maklum dengan hasrat Pengerusi BN Kuala Selangor yang juga Ketua Umno Bahagian Kuala Selangor, Datuk Ishak Haron sebab kita kena menangkan Ijok.
“Untuk kita, setakat ini kerusi ini untuk MIC dan kita akan berusaha sebaik mungkin untuk menang,” katanya selepas merasmikan Majlis Pelancaran Pusat Khidmat Pasukan Petugas Khas Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (SITF) Kuala Selangor (Selangor Utara).
Dalam program itu, Subramaniam berkata, SITF adalah bukti keprihatinan kerajaan dalam menterjemahkan Malaysian Indian Blueprint (MIB) yang juga pelan pembangunan India untuk tempoh 10 tahun.
“SITF ini juga diwujudkan bagi memberikan penyelesaian holistik mengenai isu berkaitan masyarakat India dan sudah ada lapan pusat ditubuhkan seluruh negara.
“Manakala tiga lagi pusat SITF masih dalam proses,” katanya yang turut menyarankan supaya rakyat tidak mudah terpedaya dengan hasutan pembangkang yang sentiasa memburukkan MIB sejak awal lagi.
Katanya, pembangkang sentiasa mencari jalan untuk menghilangkan kepercayaan rakyat India terhadap usaha yang dilaksanakan kerajaan persekutuan.
– SH
.
✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sifx4V
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear First on Khabar Melayu
Demikianlah Artikel DUN IJOK KEKAL CALON MIC
Anda sekarang membaca artikel DUN IJOK KEKAL CALON MIC dengan alamat link https://khabarmelayu.blogspot.com/2017/06/dun-ijok-kekal-calon-mic.html