Judul : TUBUH SEKRETARIAT PAKATAN HARAPAN HADAPI PRU14
link : TUBUH SEKRETARIAT PAKATAN HARAPAN HADAPI PRU14
TUBUH SEKRETARIAT PAKATAN HARAPAN HADAPI PRU14
KUANTAN – Empat komponen parti pembangkang iaitu PKR, Amanah, DAP dan Bersatu Indera Mahkota bergabung membentuk Sekretariat Pakatan Harapan Indera Mahkota untuk menghadapi PRU14.
Dilancarkan secara rasmi di sini hari ini, keempat-empat parti itu nyata optimis untuk memastikan kerusi Parlimen dan Dun di bahagian Indera Mahkota tersebut menjadi milik pakatan itu dengan kehadiran Ketua Amanah Kawasan, Abdul Aziz Ahmad, Ketua DAP John Lee dan Ketua Bahagian Bersatu, Kamarul Ariffin Mohd Shahar manakala PKR diwakili Adun Semambu, Lee Chean Chung.
Chean Chung yang mempengerusikan majlis pelancaran pakatan itu memberitahu, ia adalah detik bersejarah bagi empat komponen terbabit diikuti sejarah dua PRU sebelum ini membuktikan bahawa pakatan sebegitu lebih digeruni oleh Umno dan BN.
“Penubuhan Pakatan Harapan dalam waktu sebegini pastinya bertujuan untuk bekerja dengan misi menurunkan Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak dan menumbangkan Umno serta Barisan Nasional pada PRU14 yang bakal menjengah bila-bila masa.
“Kami, kepimpinan kanan Pakatan Harapan Indera Mahkota dengan ini menyeru seluruh anggota masyarakat Indera Mahkota dari semua kaum untuk terus bersama kami, sebagaimana dokongan dan sokongan yang ditunjukkan sebelum ini, dalam usaha kami merealisasikan mimpi memartabatkan kuasa rakyat,”katanya kepada pemberita.
Menurutnya, mereka bukan nama baru dalam perjuangan tersebut namun nama baru menerusi pakatan itu adalah tuntutan keadaan buat kesinambungan perjuangan selain mengakui masih banyak yang Pakatan Harapan perlu buat untuk rakyat daripada melayan karenah politik yang keanak-anakan.
Bagi Kamarul Ariffin, pihaknya akan memberikan kerjasama sepenuhnya dan turun padang untuk memastikan misi menumbangkan Najib dan BN tercapai pada PRU kali ini.
“Kita telah bersedia untuk menghadapi PRU bila-bila masa selain memastikan Indera Mahkota menjadi milik pakatan ini dengan sokongan semua komponen yang ada,”katanya lagi.
Dalam pada itu, Abdul Aziz turut optimis dengan peluang ada berdasarkan situasi dan sokongan rakyat yang mahukan perubahan selain menyerahkan kepada pucuk pimpinan untuk meletakkan calon yang bertanding dalam PRU itu nanti.
– SH
.
✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sRH76b
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear First on Khabar Melayu
Demikianlah Artikel TUBUH SEKRETARIAT PAKATAN HARAPAN HADAPI PRU14
Anda sekarang membaca artikel TUBUH SEKRETARIAT PAKATAN HARAPAN HADAPI PRU14 dengan alamat link https://khabarmelayu.blogspot.com/2017/06/tubuh-sekretariat-pakatan-harapan.html