Najib: Laporan Idris Jala Mengenai Kemelut Felda Global Venture Siap

Najib: Laporan Idris Jala Mengenai Kemelut Felda Global Venture Siap - Hallo sahabat KHABAR MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Najib: Laporan Idris Jala Mengenai Kemelut Felda Global Venture Siap, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Najib: Laporan Idris Jala Mengenai Kemelut Felda Global Venture Siap
link : Najib: Laporan Idris Jala Mengenai Kemelut Felda Global Venture Siap

Baca juga


Najib: Laporan Idris Jala Mengenai Kemelut Felda Global Venture Siap

PUTRAJAYA: Datuk Seri Idris Jala sudah menyiapkan laporan berkaitan arahan cuti paksa Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) kepada 4 pegawai kanan syarikat susulan siasatan salah laku, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini.
Seterusnya, beliau meminta bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri itu untuk melihat beberapa langkah dan pilihan lain yang boleh diambil berhubung perkara itu.
“Laporan telah siap tetapi saya mahu beliau melihat beberapa langkah dan pilihan,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Majlis Kewangan Negara Tahun 2017 di kementerian kewangan hari ini.
Najib menambah kerajaan sementara itu sedang “meneliti segala fakta dan keputusan yang sebaik-baiknya” berdasarkan kepada 3 prinsip utama iaitu “mematuhi undang-undang syarikat, selaras urus tadbir baik dan proses siasatan yang adil”.
Pada 7 Jun lepas, pejabat perdana menteri mengumumkan pelantikan Idris sebagai pihak tidak berkepentingan untuk mengemukakan bukti siasatan kes dan menyarankan penyelesaian kepada kemelut akibat keputusan FGV mengarahkan Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Zakaria Arshad, Ketua Pegawai Kewangan Ahmad Tifli Mohd Talha, Pengurus Besar Kanan Delima Oil Products Kamarzaman Abd Karim dan CEO FGV Trading Ahmad Salman Omar.
Menurut FGV, arahan bercuti itu bagi membolehkan siasatan berhubung tunggakan bayaran daripada syarikat Afghanistan, Safitex, kepada anak syarikat FGV, Delima Oil Products.
Pengerusi FGV Tan Sri Isa Samad dilaporkan berkata siasatan awal FGV mendapati wujud salah laku dan tidak mengikut tatacara berkaitan isu tunggakan bayaran itu. Zakaria menafikan salah laku di pihaknya, dan dilaporkan menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menumpukan kepada jabatan yang mengendalikan pemerolehan dalam FGV.
Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) Tan Sri Shahrir Samad berkata kemelut antara Isa dan Zakaria berpotensi menjejaskan penerima serta sentimen pasaran.
Perdana Menteri baru-baru ini dilaporkan mahu isu itu diselesaikan dalam bulan Ramadan. #sumber


Appear First on Khabar Melayu


Demikianlah Artikel Najib: Laporan Idris Jala Mengenai Kemelut Felda Global Venture Siap

Sekianlah artikel Najib: Laporan Idris Jala Mengenai Kemelut Felda Global Venture Siap kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Najib: Laporan Idris Jala Mengenai Kemelut Felda Global Venture Siap dengan alamat link https://khabarmelayu.blogspot.com/2017/06/najib-laporan-idris-jala-mengenai.html

Subscribe to receive free email updates: