Judul : Pencipta Hawaiian Piza Meninggal Dunia
link : Pencipta Hawaiian Piza Meninggal Dunia
Pencipta Hawaiian Piza Meninggal Dunia
OTTAWA – Imigran Greek yang mencipta Hawaiian piza, salah satu piza yang popular di dunia di restorannya di Kanada lebih 50 tahun lalu telah meninggal dunia.
Sam Panopoulos menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 83 tahun dan baru sahaja meraikan ulang tahun perkahwinan bersama isterinya, Christina.
Dia meninggal dunia di sebuah hospital pada Khamis.
Panopoulos yang membuka beberapa restoran bersama adiknya, Elias dan Nikitas mencipta beberapa kejayaan menerusi hidangan Hawaiian piza itu.
Keenakan piza yang dihasilkan sekadar untuk suka-suka itu tersebar dengan cepat di seluruh dunia.
Pada Februari lalu, hidangan itu menjadi bahan kritikan Presiden Iceland, Guoni Johannesson.
Johannesson membantah penggunaan nenas di dalam piza tersebut.
Selepas dikecam ramai, Johannesson akhirnya menjelaskan dia tiada kuasa untuk menguatkuasakan undang-undang yang melarang penggunaan nenas di dalam sesuatu piza.
Tampil mempertahankan piza ciptaannya itu, Panopoulos memberitahu stesen TV CBC bahawa “ketika saya pertama kali tampil dengan idea itu, ia hanyalah sekadar sekeping roti yang dimasak di dalam ketuhar.”
“Tiada siapa menyukainya. Namun selepas itu, mereka menggilainya kerana tiada siapa yang mencampurkan rasa manis dan masam dalam hidangan mereka,” katanya. – mStar Online
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sMw91L
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear First on Khabar Melayu
Demikianlah Artikel Pencipta Hawaiian Piza Meninggal Dunia
Anda sekarang membaca artikel Pencipta Hawaiian Piza Meninggal Dunia dengan alamat link https://khabarmelayu.blogspot.com/2017/06/pencipta-hawaiian-piza-meninggal-dunia.html