Tinggal Rumah Flat, Lantai Simen, Tiada Perabot Tapi Itulah Detik Paling Bahagia

Tinggal Rumah Flat, Lantai Simen, Tiada Perabot Tapi Itulah Detik Paling Bahagia - Hallo sahabat KHABAR MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tinggal Rumah Flat, Lantai Simen, Tiada Perabot Tapi Itulah Detik Paling Bahagia, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tinggal Rumah Flat, Lantai Simen, Tiada Perabot Tapi Itulah Detik Paling Bahagia
link : Tinggal Rumah Flat, Lantai Simen, Tiada Perabot Tapi Itulah Detik Paling Bahagia

Baca juga


Tinggal Rumah Flat, Lantai Simen, Tiada Perabot Tapi Itulah Detik Paling Bahagia

Disebalik kejayaan seorang suami, pasti berdirinya seorang isteri yang hebat, memberi sokongan  tidak berbelah bahagi di kala susah dan senang.Kejayaan Imam Muda Asyraf pada hari ini rupanya adalah berkat kesabaran isterinya yang pernah mengharungi detik sukar bersama suatu ketika dahulu.

Kisah mereka ini wajar dijadikan contoh buat pasangan suami isteri yang sedang melalui detik sukar dalam kehidupan ketika ini. Percayalah, berkat usaha gigih dan saling menyokong diantara satu sama lain, akan memberikan kebahagiaan dan kesenangan di kemudian hari.

Melalui perkongsian di Facebook Imam Muda Asyraf, beliau berkongsi luahan hati, pengalaman kehidupan susah senang bersama isteri tersayang.

“Teringat sewaktu saya mula berkahwin dulu. Masih belajar di UM. Tiada pekerjaan tetap. Apapun Terima kasih kepada mertua yang sudi menerima insan yang serba daif ini menjadi menantu.

“Walaupun ketika itu mereka tahu saya tak mempunyai sumber kewangan yang utuh. Saya buat partime sebagai imam rawatib di masjid sebab nak sara anak orang sebagai isteri.

“Dengan gaji RM350 sebulan di Kuala Lumpur apalah sangat yang mampu dinikmati. Sedangkan sewa rumah ketika itu RM450 sebulan. Terpaksa berniaga cari duit tambahan jual kitab. Buat home tuition. Basah kuyup bersama isteri menaiki motorsikal EX5. Menunggu bas di Pudu bersama untuk pulang ke kampung.

“Apa yang saya kagum dan saya akan ingat selamanya ialah pesanan dari seorang isteri : “Abang.. Ayang tak minta abang bawa balik kemewahan. Tapi cukuplah dengan bawa pulang kepada keluarga rezeki yang barakah…”

“Beliau langsung tak pernah minta wang untuk beli pakaian melainkan apa yang saya belikan. Beg tangan dan kasut seadanya. Kadang terusik di dalam hati seorang suami untuk membeli sesuatu untuk menggembirakan isteri. Tapi si suami tak mampu.

“Rumah flat yang tiada katilnya beralas toto. Lantai simen tanpa tikar getah. Tiada meja makan, Kotak sebagai alas pinggan. Almari zip yang terkoyak di sisinya. Tapi saat itulah saat yang paling bahagia. Detik itulah yang paling sakinah. Payah namun indah. Rumah sempit namun hati lapang.

“Perit dahulu menekan keangkuhan. Sakit dahulu mengingatkan kesombongan. Semua yang kita dapat sekarang adalah pemberian Tuhan. Dia beri pinjam hari ini, maka tak sukar untuk Dia ambil semula esok hari. Beringat wahai si tuan badan.

“Saya kongsi kisah ini bukan untuk khabarkan sejarah diri semata. Kerana saya tahu rasa saya ini pernah juga dirasai kebanyakan pasangan. Saya tidak berseorangan dalam merasai pengalaman ini. Ramai yang turut melalui. Bersyukurlah apa yg ada. Sebelum menangis bila dah tiada.

“Mereka menerima kita saat kita bukan siapa-siapa. Mereka terima kita saat kita tiada apa-apa. Mereka di sisi saat tiada siapa mengenali. Mereka bangga dengan kita walau kita tiada nama. Mereka sudi disisi kita walau kita tidak berharta.

Semoga Allah mengabadikan bahagia ini hingga ke syurga.”

Sumber Facebook: Imam Muda Asyraf



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2saIWy3

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear First on Khabar Melayu


Demikianlah Artikel Tinggal Rumah Flat, Lantai Simen, Tiada Perabot Tapi Itulah Detik Paling Bahagia

Sekianlah artikel Tinggal Rumah Flat, Lantai Simen, Tiada Perabot Tapi Itulah Detik Paling Bahagia kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tinggal Rumah Flat, Lantai Simen, Tiada Perabot Tapi Itulah Detik Paling Bahagia dengan alamat link https://khabarmelayu.blogspot.com/2017/06/tinggal-rumah-flat-lantai-simen-tiada_9.html

Subscribe to receive free email updates: