Judul : Tolak Pengadil: Farizal Digantung 12 Bulan, Denda RM170,567
link : Tolak Pengadil: Farizal Digantung 12 Bulan, Denda RM170,567
Tolak Pengadil: Farizal Digantung 12 Bulan, Denda RM170,567
Penjaga gol Johor Darul Ta'zim, Farizal Marlias, yang terlibat dalam kekecohan pada aksi separuh akhir kedua Piala AFC Zon Asia Tenggara 31 Mei lalu digantung 12 bulan oleh Jawatankuasa Tatatertib Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) hari ini.
Menurut Harian Metro, penjaga gol Johor DT itu didapati bersalah atas kesalahan mengasari pengadil dalam perlawanan itu. Selain digantung, Farizal juga turut dikenakan denda sebanyak AS$40,000 (RM170,567) atas tindakan menolak pengadil dari China, Fu Ming.
Hukuman penggantungan 12 bulan itu membabitkan perlawanan seluruh Asia iaitu dalam semua perlawanan domestik, Eropah dan antarabangsa, sama ada perlawanan persahabatan, tidak rasmi atau perlawanan rasmi.
Penggantungan ini berkuatkuasa bermula dari tarikh keputusan ini dikeluarkan iaitu 9 Jun 2017 hingga 8 Jun 2018.
Nasib malang turut menimpa jurulatih Johor DT Benjamin Mora yang turut diperintahkan membayar denda sebanyak AS$7,000 (RM29,856) kerana melanggar Perkara 50.1 daripada Kod Tatatertib dan Etika AFC susulan tindakannya mengeluarkan kata-kata kesat kepada pegawai perlawanan selepas perlawanan itu berakhir.
Sumber: Harian Metro
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2saEnnm
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear First on Khabar Melayu
Demikianlah Artikel Tolak Pengadil: Farizal Digantung 12 Bulan, Denda RM170,567
Anda sekarang membaca artikel Tolak Pengadil: Farizal Digantung 12 Bulan, Denda RM170,567 dengan alamat link https://khabarmelayu.blogspot.com/2017/06/tolak-pengadil-farizal-digantung-12.html