Azmin: Hutang Negara Mencecah 'RM1 Trilion', Sejak Najib Jadi PM !

Azmin: Hutang Negara Mencecah 'RM1 Trilion', Sejak Najib Jadi PM ! - Hallo sahabat KHABAR MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Azmin: Hutang Negara Mencecah 'RM1 Trilion', Sejak Najib Jadi PM !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Azmin: Hutang Negara Mencecah 'RM1 Trilion', Sejak Najib Jadi PM !
link : Azmin: Hutang Negara Mencecah 'RM1 Trilion', Sejak Najib Jadi PM !

Baca juga


Azmin: Hutang Negara Mencecah 'RM1 Trilion', Sejak Najib Jadi PM !


GOMBAK: Sikap tidak bertanggungjawab kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menguruskan kewangan dan ekonomi negara menyebabkan negara menanggung beban hutang kira-kira RM1 trilion.

Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, timbunan hutang itu menyebabkan kerajaan terpaksa membayar faedah hutang sebanyak RM31 bilion.

“Ekonomi negara parah, hutang negara semakin parah. Hutang isi rumah sahaja sudah melebihi RM1 trilion, siapa yang nak bayar hutang ini sebab itu mereka terpaksa kutip Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

“Saya berdepan Perdana Menteri tiga minggu lepas di Parlimen, saya tanya wahai Perdana Menteri, kenapa sejak kamu jadi Perdana Menteri nak bayar faedah sahaja, belum hutang asas negara terpaksa keluarkan RM31 bilion setahun,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Program Menyantuni Petugas dan Masyarakat DUN Gombak Setia (N17) di Taman Seri Gombak, di sini, hari ini.

Jelasnya, sikap tidak bertanggungjawab kerajaan itu terbukti dengan langkah kerajaan mengalihkan beban hutang dengan mengenakan GST kepada rakyat.

Katanya, langkah mengenakan GST menyebabkan kos sara hidup semakin tinggi. Sebelum itu, Mohamed Azmin menghadiri taklimat Jentera Pilihan Raya DUN Gombak Setia. Turut mengiringi Mohamed Azmin, calon DUN Gombak Setia, Mohd Hilman Idham. #sumber


Appear First on Khabar Melayu


Demikianlah Artikel Azmin: Hutang Negara Mencecah 'RM1 Trilion', Sejak Najib Jadi PM !

Sekianlah artikel Azmin: Hutang Negara Mencecah 'RM1 Trilion', Sejak Najib Jadi PM ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Azmin: Hutang Negara Mencecah 'RM1 Trilion', Sejak Najib Jadi PM ! dengan alamat link https://khabarmelayu.blogspot.com/2018/04/azmin-hutang-negara-mencecah-rm1.html

Subscribe to receive free email updates: