Bagaimana "Bangi" Jadi Kawasan Parlimen Paling Besar Di Malaysia ?

Bagaimana "Bangi" Jadi Kawasan Parlimen Paling Besar Di Malaysia ? - Hallo sahabat KHABAR MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bagaimana "Bangi" Jadi Kawasan Parlimen Paling Besar Di Malaysia ?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bagaimana "Bangi" Jadi Kawasan Parlimen Paling Besar Di Malaysia ?
link : Bagaimana "Bangi" Jadi Kawasan Parlimen Paling Besar Di Malaysia ?

Baca juga


Bagaimana "Bangi" Jadi Kawasan Parlimen Paling Besar Di Malaysia ?


KUALA LUMPUR: Dengan sekelip mata, kawasan Parlimen Serdang bukan sahaja ditukar nama tanpa tujuan yang jelas, ia juga diperluas sehingga menjadi kawasan paling besar di Malaysia dengan bilangan pengundi mencecah 178,790 orang.

Ia diikuti Damansara (dahulu PJ Utara) dengan 164,322 pengundi; Klang, dengan 149,348 pengundi dan Kota Raja dengan 149,021 pengundi.

Penyandang kerusi Parlimen Serdang, Dr Ong Kian Ming; justeru mendakwa Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah gagal dalam tanggungjawab untuk mematuhi prinsip satu orang satu undi yang adil dan munasabah.

“Jumlah pengundi di P102 Bangi adalah empat kali ganda pengundi di P92 Sabak Bernam (40,863 pengundi) yang juga berada di tangga ke-10 parlimen terkecil di Semenanjung Malaysia.

“P102, di mana saya telah dinamakan sebagai calon Pakatan Harapan, telah menewaskan P109 Kapar sebagai Parlimen terbesar di Malaysia,” katanya.

Kapar merupakan kerusi parlimen terbesar pada PRU tahun 2013.

Menurut beliau lagi, 10 kerusi yang paling besar setelah persempadanan semula SPR semuanya disandang parti pembangkang.

Sebaliknya, 10 kerusi Parlimen paling kecil segi bilangan pengundi kesemuanya dimenangi oleh BN pada PRU 2013. Lapan daripadanya dimenangi UMNO.

“Kita hanya boleh mempunyai pelaksanaan persempadanan semula yang adil dan telus jika kita mempunyai badan SPR yang bebas dan ini hanya boleh dicapai melalui kemenangan Pakatan Harapan pada PRU 14.

“Mengikut tafsiran tanpa unsur berat sebelah mengenai prosedur dan garis panduan dalam Perlembagaan Persekutuan, jika persempadanan semula dilakukan oleh badan SPR yang bebas, ia akan mengurangkan jurang perbezaan bilangan pengundi antara kerusi dan menghasilkan sistem pilihan raya Malaysia yang lebih adil,” jelas beliau lagi.

Persempadanan Semula oleh SPR telah dibuat secara tergesa-gesa dalam sidang Dewan Rakyat terakhir Mac lalu dengan mengenepikan bantahan-bantahan oleh orang ramai.

Ia dilihat sebagai senjata UMNO-BN bagi memenangi PRU14 yang bakal berlangsung pada 9 Mei nanti. #sumber


Appear First on Khabar Melayu


Demikianlah Artikel Bagaimana "Bangi" Jadi Kawasan Parlimen Paling Besar Di Malaysia ?

Sekianlah artikel Bagaimana "Bangi" Jadi Kawasan Parlimen Paling Besar Di Malaysia ? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Bagaimana "Bangi" Jadi Kawasan Parlimen Paling Besar Di Malaysia ? dengan alamat link https://khabarmelayu.blogspot.com/2018/04/bagaimana-bangi-jadi-kawasan-parlimen.html

Subscribe to receive free email updates: