BN Selangor "Tampilkan" 57 Muka Baru Kerusi Parlimen & DUN PRU-14

BN Selangor "Tampilkan" 57 Muka Baru Kerusi Parlimen & DUN PRU-14 - Hallo sahabat KHABAR MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul BN Selangor "Tampilkan" 57 Muka Baru Kerusi Parlimen & DUN PRU-14, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : BN Selangor "Tampilkan" 57 Muka Baru Kerusi Parlimen & DUN PRU-14
link : BN Selangor "Tampilkan" 57 Muka Baru Kerusi Parlimen & DUN PRU-14

Baca juga


BN Selangor "Tampilkan" 57 Muka Baru Kerusi Parlimen & DUN PRU-14


SHAH ALAM: Barisan Nasional (BN) Selangor hari ini mengumumkan untuk bertanding di 22 kerusi Parlimen dan 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), 9 Mei ini.

Senarai nama tersebut diumumkan Ketua Operasi PRU-14 BN Selangor, Datuk Faizal Abdullah menyaksikan 57 muka baharu termasuk 14 untuk kerusi Parlimen dan 43 calon untuk kerusi DUN.

Pengumuman itu juga menyaksikan penyandang kerusi Parlimen Tanjong Karang yang juga Pengerusi BN Selangor, Tan Sri Noh Omar kekal bertanding di Parlimen Tanjong Karang manakala Budiman Mohd. Zohdi juga mempertahankan kerusi Parlimen Sungai Besar.

Selain itu, Datuk Fasiah Fakeh, Datuk P. Kamalanathan dan Dr. Irmohizam kekal mempertahankan kerusi Parlimen masing-masing iaitu Sabak Bernam, Hulu Selangor dan Kuala Selangor.

Pengumuman itu juga menyaksikan kerusi DUN Jeram yang sebelum ini disandang Datuk Amiruddin Sentro digantikan dengan bekas guru, Zahar Azlan Ariffin.

Sementara itu, Noh Omar berkata, BN Selangor mempertaruhkan calon seimbang terdiri daripada pelbagai bidang antaranya 13 calon profesional, 34 calon yang mempunyai latar belakang perniagaan, ahli akademik dan penjawat awam masing-masing enam orang.

"Kita juga menampilkam seramai lapan orang calon wanita dan sembilan calon golongan belia.

"Calon paling muda ialah calon DUN Sekinchan, Lee Yee Yuan berumur 28 tahun dan seorang arkitek," katanya. #sumber


Senarai penuh calon BN bagi kerusi Parlimen dan DUN negeri Selangor

P.092 Sabak Bernam - Datuk Mohd. Fasiah Mohd. Fakeh
N.01 Sungai Air Tawar - Rizam Ismail
N.02 Sabak - Sallehudin Mohd. Iskan

P.093 Sungai Besar - Budiman Zohdi
N.03 Sungai Panjang - Imran Tamrin
N.04 Sekinchan - Lee Yee Yuan

P.094 Hulu Selangor - Datuk P. Kamalanathan
N.05 Hulu Bernam - Datuk Rosni Sohar
N.06 Kuala Kubu Baru - Datuk Wong Koon Mun
N.07 Batang Kali - Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan

P.095 Tanjong Karang - Tan Sri Noh Omar
N.08 Sungai Burong - Datuk Samsudin Lias
N.09 Permatang - Datuk Sulaiman Abdul Razak

P.096 Kuala Selangor - Datuk Irmohizam Ibrahim
N.10 Bukit Melawati - Jakiran Jacomah
N.11 Ijok - K. Parthiban
N.12 Jeram - Zahar Azlan Ariffin

P.097 Selayang - Kang Meng Fuat
N.13 Kuang - Datuk Shukor Idrus
N.14 Rawang - Chan Wun Hoong
N.15 Taman Templer - Datuk Ir. Md. Nasir Ibrahim

P.098 Gombak - Datuk Abdul Rahim Pandak Kamarudin
N.16 Batu Caves - Datuk N. Rawisandran
N.17 Gombak Setia - Datuk Megat Zulkarnain Megat Omardin
N.18 Hulu Kelang - Ismail Ahmad

P.099 Ampang - Liong Kim Soon
N.19 Bukit Antarabangsa - Salwa Yunus
N.20 Lembah Jaya - Mohd. Nizam Zain

P.100 Pandan - Leong Kok Wee
N.21 Pandan Indah - Mohd. Haniff Roslan
N.22 Teratai - Liew Pok Boon

P.101 Hulu Langat - Azman Ahmad
N.23 Dusun Tua - Mohd. Zin Isa
N.24 Semenyih - Johan Abdul Aziz

P.102 Bangi - Liew Yuen Keong
N.25 Kajang - Teh Yeow Meng
N.26 Sungai Ramal - Abdul Rahim Mohd. Amin
N.27 Balakong - Lim Chin Wah

P.103 Puchong - Ang Chin Tat
N.28 Seri Kembangan - Chang Toong Who
N.29 Seri Serdang - Mohammad Satim Diman

P.104 Subang - Tan Seong Lim
N.30 Kinrara - Chiew Kai Heng
N.31 Subang Jaya - Chong Ah Watt

P.105 Petaling Jaya - Chee Hian Tat
N.32 Seri Setia - Yusoff M. Haniff
N.33 Taman Medan - Abduk Mutalif Abd. Rahim
N.34 Bukit Gasing - Chai Ko Thing

P.106 Damansara - Ho Kwonk Xheng
N.35 Kampung Tunku - Tan Gim Tuan
N.36 Bandar Utama - Chng Soon Chau
N.37 Bukit Lanjan - Syed Abdul Razak Syed Ling Alsagof

P.107 Sungai Buloh - A. Prakash
N.38 Paya Jaras - Zein Isma Ismail
N.39 Kota Damansara - Halimahton Saadiah Bohan

P.108 Shah Alam - Azhari Shaari
N.40 Kota Anggerik - Jumaeyah Masdi
N.41 Batu Tiga - Ahmad Muadzam Shah Yaakop

P.109 Kapar - M. Mohana
N.42 Meru - Khairul Anuar Saimun
N.43 Sementa - Saroni Judi
N.44 Selat Klang - Dr. Mohd. Khairi Hussin

P.110 Klang - Ching Eu Boon
N.45 Bandar Baru Klang - Teoh Kah Yeong
N.46 Pelabuhan Klang - Sheikh Rajesh Sheikh Ahmad
N.47 Pandamaran - Tee Hooi Ling

P.111 Kota Raja - V. Gunalan
N.48 Sentosa - R. Subramaniam
N.49 Sungai Kandis - Ir. Kamaruzzaman Johari
N.50 Kota Kemuning - Tiew Hock Huat

P.112 Kuala Langat - Shahril Sufian Hamdan
N.51 Sijangkang - Sulaiman Karli
N.52 Banting - Ng Siok Hwa
N.53 Morib - Rozana Kamarulzaman

P.113 Sepang - Marsum Paing
N.54 Tanjong Sepat - Dr. Karim Mansor
N.55 Dengkil - Shahrum Mohd. Shariff
N.56 Sungai Pelek - Ng Chok Sin


Appear First on Khabar Melayu


Demikianlah Artikel BN Selangor "Tampilkan" 57 Muka Baru Kerusi Parlimen & DUN PRU-14

Sekianlah artikel BN Selangor "Tampilkan" 57 Muka Baru Kerusi Parlimen & DUN PRU-14 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel BN Selangor "Tampilkan" 57 Muka Baru Kerusi Parlimen & DUN PRU-14 dengan alamat link https://khabarmelayu.blogspot.com/2018/04/bn-selangor-tampilkan-57-muka-baru.html

Subscribe to receive free email updates: