Calon BN Mahu Jadikan Mentakab Sebagai 'Bandar Pelabuhan Darat'

Calon BN Mahu Jadikan Mentakab Sebagai 'Bandar Pelabuhan Darat' - Hallo sahabat KHABAR MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Calon BN Mahu Jadikan Mentakab Sebagai 'Bandar Pelabuhan Darat', kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Calon BN Mahu Jadikan Mentakab Sebagai 'Bandar Pelabuhan Darat'
link : Calon BN Mahu Jadikan Mentakab Sebagai 'Bandar Pelabuhan Darat'

Baca juga


Calon BN Mahu Jadikan Mentakab Sebagai 'Bandar Pelabuhan Darat'


TEMERLOH: Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) mampu menjadi tarikan baharu pelabur dalam bidang pembuatan di Mentakab, apabila siap dibina dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

Calon BN bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Mentakab, Datuk Wong Tat Chee berkata ini berikutan laluan ECRL akan bertembung dengan laluan sedia ada milik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Mentakab, yang dirancang untuk dibangunkan sebagai sebuah bandar pelabuhan darat.

"Banyak manfaat kita boleh peroleh dengan projek ECRL termasuk membangunkan sebuah pelabuhan darat di Bandar Mentakab yang boleh menarik pelabur datang ke kawasan ini terutamanya syarikat terlibat dalam industri pembuatan.

"Ini kerana, sebelum ini kita difahamkan kebanyakan kilang ini akan dibina di kawasan yang terletak berhampiran dengan pelabuhan kerana ia mengurangkan kos pengangkutan.

"Kalau dahulu produk-produk dihasilkan di Mentakab diangkut ke pelabuhan Kuantan atau Klang yang terletak jauh dan memerlukan kos pengangkutan tinggi, tetapi dengan adanya kemudahan pelabuhan darat di Mentakab sudah tentu kos pengangkutan akan menjadi murah,"katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Pada masa yang sama jika diberikan mandat pada PRU14 nanti, beliau juga akan mencadangkan kepada kerajaan untuk mewujudkan satu susur keluar dari Lebuhraya Pantai Timur (LPT) di bandar itu berhampiran Kampung Batu Kapor.

Katanya susur keluar itu penting bagi melancarkan lagi laluan perhubungan Mentakab yang bakal membangun, selain dapat menjimatkan masa perjalanan pengguna jalan raya dari Mentakab tanpa perlu memandu ke susur Lanchang mahupun Temerloh.

Beliau berkata usaha itu dilihat mampu memperkukuh imej dan identiti Mentakab serta menarik lebih ramai pengunjung dari dalam dan luar negara ke kawasan berkenaan.

Selain itu, beliau juga bercadang menghidupkan suasana malam di Mentakab dengan membina Mentakab Walk atau Cultural Street di Jalan Mok Hee Kiang di tengah bandar tersebut.

Katanya idea penubuhan Mentakab Walk itu diilhamkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta gabungan persatuan perniagaan Cina daerah Temerloh, yang meminta beliau berjuang untuk mendapatkan peruntukan daripada kerajaan bagi merealisasikan impian itu.

Beliau berkata cadangan itu juga dilihat dapat mengindahkan lagi laluan tersebut melalui pembinaan pelbagai premis yang boleh menempatkan barangan antik, moden atau tradisional di sepanjang jalan berkenaan. #sumber


Appear First on Khabar Melayu


Demikianlah Artikel Calon BN Mahu Jadikan Mentakab Sebagai 'Bandar Pelabuhan Darat'

Sekianlah artikel Calon BN Mahu Jadikan Mentakab Sebagai 'Bandar Pelabuhan Darat' kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Calon BN Mahu Jadikan Mentakab Sebagai 'Bandar Pelabuhan Darat' dengan alamat link https://khabarmelayu.blogspot.com/2018/04/calon-bn-mahu-jadikan-mentakab-sebagai.html

Subscribe to receive free email updates: