"Tohmahan Anti Anak Kelantan" Bukti Pembangkang Kering Modal

"Tohmahan Anti Anak Kelantan" Bukti Pembangkang Kering Modal - Hallo sahabat KHABAR MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul "Tohmahan Anti Anak Kelantan" Bukti Pembangkang Kering Modal, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : "Tohmahan Anti Anak Kelantan" Bukti Pembangkang Kering Modal
link : "Tohmahan Anti Anak Kelantan" Bukti Pembangkang Kering Modal

Baca juga


"Tohmahan Anti Anak Kelantan" Bukti Pembangkang Kering Modal


TEMERLOH: Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lanchang Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin menyifatkan pihak yang mentohmahnya anti anak Kelantan sebagai kekeringan modal kempen Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Calon Barisan Nasional (BN) bagi kawasan Parlimen Temerloh dan DUN Lanchang itu berkata tomahan kononnya beliau tidak memberikan bantuan kepada anak Kelantan di daerah itu yang ditularkan di media sosial sejak semalam adalah tidak berasas sama sekali.

"Menantu saya orang Kelantan, pemandu saya orang Kelantan malah pegawai khas saya berasal dari Kelantan... setiap hari saya dikelilingi orang Kelantan macam mana mereka cakap saya anti orang Kelantan.

"Pembangkang boleh menyemak berapa ramai anak Kelantan yang berhijrah ke daerah ini dan diberikan hak sama rata termasuk memiliki tanah kurniaan kerajaan negeri.

"Tidak kira mereka daripada Kelantan atau negeri lain, asalkan mereka menetap di negeri ini lebih 10 tahun mereka layak mendapat layanan yang sama," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Tohmahan itu yang disebarkan menerusi satu akaun Facebook menggesa pengundi anak Kelantan supaya tidak mengundi Mohd Sharkar kerana didakwa antianak Kelantan.

Mohd Sharkar berkata beliau sudah mengarahkan jentera parti untuk menjawab tomahan tersebut supaya pengundi tidak terpengaruh dengan dakwaan itu.

"Jika perkara seperti ini berlaku lagi, kita tidak teragak untuk membuat laporan polis kerana sekarang kita sudah ada Akta Antiberita Tidak Benar," katanya.

Pada PRU14 ini selain mempertahankan kawasan DUN Lanchang, Mohd Sharkar buat pertama kalinya juga akan bertanding di kawasan Parlimen Temerloh dan dijangka membabitkan persaingan enam penjuru.

Selain calon BN, PAS dan Amanah, tiga individu telah mengumumkan untuk bertanding di kawasan Parlimen Temerloh sebagai calon Bebas.

Mereka ialah seorang bekas pensyarah bebas Isma Nazom Abdul Hamid, bekas Ketua Pengarang Stesen Televisyen TV3, Mohd Khaidir Ahmad, dan bekas Pegawai Daerah Temerloh Datuk Abu Jamal Nordin. #sumber


Appear First on Khabar Melayu


Demikianlah Artikel "Tohmahan Anti Anak Kelantan" Bukti Pembangkang Kering Modal

Sekianlah artikel "Tohmahan Anti Anak Kelantan" Bukti Pembangkang Kering Modal kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel "Tohmahan Anti Anak Kelantan" Bukti Pembangkang Kering Modal dengan alamat link https://khabarmelayu.blogspot.com/2018/04/tohmahan-anti-anak-kelantan-bukti.html

Subscribe to receive free email updates: